awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKK roboh 85 rumah setinggan haram warga asing di Kota Kinabalu

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
19/03/2021
13:58 MYT
DBKK roboh 85 rumah setinggan haram warga asing di Kota Kinabalu
Operasi itu dijalankan di sebuah kawasan penempatan haram yang dihuni majoriti warga asing. - Gambar/ Astro AWANI
KOTA KINABALU: Sebanyak 85 rumah setinggan haram dirobohkan dalam Operasi Bersepadu 'Op Roboh' berhampiran Kampung Cenderakasih, Kolombong, di sini dalam operasi selama dua hari oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).
Operasi yang berakhir pada Khamis itu diketuai DBKK dengan dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sabah Elektricity Sdn Bhd (SESB) dan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).
Pengarah Penguat Kuasa DBKK, Abdul Mukti Muchlish berkata, operasi itu dijalankan di sebuah kawasan penempatan haram yang dihuni majoriti warga asing.
"Operasi dilaksanakan kerana pihak DBKK sering menerima aduan daripada penduduk berhampiran berkenaan masalah jenayah dan sosial seperti kes curi eletrik, curi air, syabu, judi dan masalah sosial yang lain di kawasan penempatan haram ini.
"Operasi dijalankan selama dua hari membabitkan 27 anggota terdiri daripada 15 penguat kuasa DBKK, PDRM, SESB, dan JANS," katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat.
Katanya, DBKK juga mengenal pasti beberapa penempatan haram yang lain di Kota Kinabalu dan akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan peruntukan undang-undang.
Topic Berkaitan
#DBKK
#rumah haram
#Sabah
#Kota Kinabalu
#setinggan
#dirobohkan
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan