awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
Kerajaan jangka defisit fiskal susut kepada 3.5 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL tegas untuk uruskan sepenuhnya bazar Ramadan - Khalid

Bernama
Bernama
21/02/2019
21:11 MYT
DBKL tegas untuk uruskan sepenuhnya bazar Ramadan - Khalid
Khalid berkata permohonan lesen dalam talian yang baru diperkenal itu akan memudahkan mereka mengenal pasti serta membuka peluang kepada sesetengah kumpulan minoriti bagi memastikan mereka tidak dipinggirkan. - Gambar fail
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tegas dengan keputusan untuk menguruskan sendiri sepenuhnya Bazar Ramadan 2019 walaupun dibantah oleh peniaga.
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad berkata beliau percaya dasar baharu itu akan memberi peluang sama rata kepada semua peniaga selain menghapuskan monopoli dan budaya 'ali baba' dalam sektor itu.
"Banyak peniaga membantah kerana dasar baharu ini akan meruntuhkan rangkaian kerja sedia ada di antara mereka dan penganjur sebelum ini.
"Mereka biasanya mengawal bilangan lot dan yang paling membimbangkan ialah kami dapat tahu berlaku banyak kes kenaikan harga," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pemeteraian Perjanjian Hartanah Bersama TRX, di sini pada Khamis.
Ditanya mengenai kenaikan kadar sewa lot, Khalid berkata: "Kami diberitahu, saya tidak boleh buktikan dan saya rasa tiada siapapun boleh buktikan. Dalam sesetengah kes, mereka sewakan pada kadar RM30,000 satu lot. Itu bukan kadar yang dikenakan DBKL iaitu sekitar RM500."
"Ini bukan melibatkan satu pihak sahaja tetapi beberapa pihak iaitu A akan sewakan kepada B, B sewakan kepada C," jelasnya.
Khalid berkata permohonan lesen dalam talian yang baru diperkenal itu akan memudahkan mereka mengenal pasti serta membuka peluang kepada sesetengah kumpulan minoriti seperti orang kurang upaya dan ibu tunggal bagi memastikan mereka tidak dipinggirkan.
Media melaporkan DBKL membuka permohonan lesen dalam talian untuk bazar Ramadan tahun ini pada 15 Feb lalu bagi mengendalikan sepenuhnya bazar tanpa campur tangan penganjur luar seperti badan bukan kerajaan, persatuan dan individu.
Langkah baharu itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan anggota persatuan peniaga yang mahu cara lama penganjuran bazar Ramadan dikekalkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ali Baba
#bazar
#Bazar Ramadan 2019
#dasar baharu
#DBKL
#kadar sewa
#kenaikan harga
#Khalid Samad
#kumpulan minoriti
#lesen
#monopoli
#penganjur luar
#peniaga
#Ramadan
#sewa lot
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan