awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DBKL tubuh Kuala Lumpur SDG Centre, yang pertama di Malaysia dan Asia Pasifik

Astro Awani
Astro Awani
28/09/2021
05:00 MYT
DBKL tubuh Kuala Lumpur SDG Centre, yang pertama di Malaysia dan Asia Pasifik
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menubuhkan Kuala Lumpur SDG Centre pertama di Malaysia dan Asia Pasifik, serta bakal mendapat pengiktirafan United Nations Human Settlement Programme (UN-Habitat). - Foto Facebook DBKL
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menubuhkan Kuala Lumpur SDG Centre pertama di Malaysia dan Asia Pasifik, serta bakal mendapat pengiktirafan United Nations Human Settlement Programme (UN-Habitat).
Ia dijangka memperkasakan bandar raya Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia bagi menjalinkan perkongsian dan kolaborasi di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Pusat yang terletak di Jalan Raja, ibu negara itu dirasmikan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim pada Selasa.
"DBKL telah berjaya menubuhkan KL SDG Centre sebagai pusat interaktif yang menghimpunkan semua inisiatif dan komitmen pelaksanaan 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) DBKL.
"Kuala Lumpur SDG Centre juga berfungsi memberi pendedahan umum dan meningkatkan keupayaan warga kota dan pihak berkepentingan mengenai kepentingannya dalam menghubungkan isu-isu yang berkaitan perubahan iklim, daya tahan bandar, aspek keselamatan, pembangunan bandar yang mampan serta komuniti sejahtera," kata Shahidan semasa berucap merasmikan Kuala Lumpur SDG Centre.
"Usaha mencari penyelesaian secara inklusif dan efektif ini mampu membawa perubahan kehidupan yang lebih baik dan berkualiti kepada warga kota Kuala Lumpur," katanya lagi.
Berdasarkan pemerhatian, ujarnya, pada masa ini, pengetahuan dan kesedaran masyarakat terhadap SDGs masih rendah dan membataskan penglihatan inklusif serta peranannya.
"Dengan penyediaan platform ini, DBKL dapat memberi peluang kepada semua warga kota dan pihak berkepentingan melalui penglibatan bersama bagi menyampaikan maklumat secara terus berhubung inisiatif pelaksanaan SDGs menjelang tahun 2030," katanya semasa berucap merasmikan Kuala Lumpur SDG Centre di sini pada Selasa.
Kuala Lumpur SDG Centre akan menjadi medan terbaik dalam membantu bandar raya Kuala Lumpur terus berada di mata dunia dan sekali gus membawa nama baik Malaysia.
Topic Berkaitan
#DBKL
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#Shahidan Kassim
#Menteri Wilayah Persekutuan
#SDG
#SDGs
#centre
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan