Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menjadikan institusi itu inklusif kepada semua kaum di negara ini dalam usaha memartabat dan memperluaskan penggunaan Bahasa Melayu.
Ketua Pengarahnya, Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran berkata pada masa ini DBP dilihat terlalu eksklusif untuk orang Melayu dan seolah-olah menutup pintu kepada orang bukan Melayu.
"Oleh itu, kami cuba jadikan institusi ini sebagai hak milik masyarakat iaitu insklusif atau menyeluruh untuk orang India, Cina dan sebagainya.
"Jadi sekarang kami mahu memperhebatkan penglibatan bukan Melayu untuk sama-sama memartabatkan dan terlibat sama dalam usaha mengembangkan persuratan kita ini.
"Antara kaedah yang akan dibuat ialah menterjemahkan karya dalam Bahasa Melayu kepada bahasa lain," katanya semasa menjadi tetamu jemputan program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel, di sini malam tadi.
Sementara itu, Abang Sallehudin menyifatkan pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai kota buku dunia 2020 adalah penghormatan tinggi dalam tamadun sesuatu bangsa.
"Pengiktirafan itu dapat menyuntik semangat masyarakat agar terus memperkasakan budaya membaca di negara ini," katanya.
Pada 12 Nov lepas, Kuala Lumpur diiktiraf sebagai ibu kota buku dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi tahun 2020.
Pengiktirafan tersebut diberikan kepada bandar raya yang menunjukkan komitmen tinggi terhadap aktiviti berkaitan buku, kesusasteraan, kesenian dan gerakan membaca dalam kalangan warga kotanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 14 2019
DBP mahu memperhebatkan penglibatan bukan Melayu untuk sama-sama memartabatkan dan terlibat sama dalam usaha mengembangkan persuratan kita ini. - Gambar hiasan
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Semua pihak berperanan memartabatkan Bahasa Melayu - DBP
Hakikatnya, masih berlaku penggunaan 'bahasa rojak' di negara ini, malah kepincangan turut melibatkan program rasmi anjuran kerajaan.
Memahami proses pemilihan pinjaman bahasa - DBP
Terdapat sebuah jawatankuasa di DBP yang bertanggungjawab dalam mencari setiap istilah atau perkataan baharu dalam bahasa Melayu.
Pelanggaran Bahasa Melayu: Draf pindaan Akta Bahasa Kebangsaan beri kuasa DBP bertindak
Tujuan pindaan akta tersebut ialah kerana terdapat banyak pelanggaran terhadap Akta berkenaan dan Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan.
DBP ambil pendekatan inklusif martabatkan Bahasa Melayu - Ketua Pengarah
Ketua Pengarah DBP Datuk Abang Sallehuddin Abang Shokeran berkata pada masa ini DBP dilihat terlalu eksklusif untuk orang Melayu dan seolah-olah menutup pintu kepada orang bukan Melayu.