Debat yang dirancang untuk calon-calon yang bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu telah dibatalkan.
Program anjuran Posto dan Radio Bangsar Utama yang bertajuk ' Wacana Timbal Timbalan Presiden PKR’ itu sepatutnya diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor pada malam Ahad.
Menurut penganjur acara itu, matlamatnya adalah untuk membuka peluang kepada mereka yang kini merebut jawatan nombor dua dalam PKR itu untuk "menjelaskan visi dan misi mereka " sekiranya dipilih.
“Program ini kami rancang untuk meraikan demokrasi dan politik telus. Ia adalah salah satu cara promosi paling cepat dan meluas kerana program ini akan ke udara secara langsung yang dibawakan oleh Radio Bangsar Utama,” jelas Mohd Affandi Ramli mewakili penganjur.
Radio Bangsar Utama adalah radio Internet bebas yang dikendalikan oleh beberapa aktivis, antaranya Hishamuddin Rais.
Pertandingan untuk jawatan Timbalan Presiden PKR sekarang melibatkan tiga pesaing 'heavyweight' iaitu penyandang, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution. Selain itu ialah Datuk K. Ramachandram.
Pihak penganjur debat itu berkata, sejak Sabtu lalu, mereka telah menghubungi kesemua calon menerusi Facebook serta pembantu dan pegawai khas mereka.
Walau bagaimanapun, calon-calon sama ada tidak menjawab, tidak berminat atau mengabaikan jemputan tersebut.
"Memandangkan hanya Saifuddin Nasution sahaja yang sudi menerima jemputan kami, maka kami mengambil keputusan membatalkan program tersebut. Kami memohon maaf kepada teman-teman, penyokong parti dan pemerhati luar daripada Keadilan yang berminat menonton program ini namun hampa dengan pembatalan ini.
"Bagaimanapun kami mengucapkan terima kasih kepada calon-calon yang memberikan kerjasama terutamanya Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ramachandran yang walaupun enggan menyertai tetapi menjawab jemputan kami," kata Mohd Affandi.
Pemilihan PKR ini menyaksikan persaingan di antara ahli-ahli kanan parti tersebut merebut jawatan Presiden, Timbalan Presiden, empat jawatan Naib Presiden dan 20 kerusi Jawatankuasa Pusat.
Semalam Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menarik diri dan meneruskan hasratnya untuk bertanding menentang isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan Presiden setelah pencalonan ditutup dan disahkan.
Dua orang calon, Tian Chua dan dan S. Murali telah menarik diri daripada senarai calon jawatan Timbalan Presiden.
Tian Chua sekarang bertanding untuk jawatan Naib Presiden.
Antara pemimpin dalam senarai pencalonan Naib Presiden ialah Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli, yang juga menjalinkan pakatan dengan Saifuddin. Lain-lain termasuk penyandang Fuziah Salleh (MP Kuantan) , N Surendran (Padang Serai MP) dan bekas Ketua Pemuda Shamsul Iskandar Md Akin .
Pertandingan bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Timbalan Speaker Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad, DUN Batu Caves Amirudin Shari dan bekas Pemuda Naib Presiden Mohd Nazree Yunus .
Sementara itu, sayap Wanita akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara penyandang Zuraida Kamaruddin dan Rodziah Ismail.
Kempen untuk pemilihan itu sudah bermula dan proses pengundian akan berlaku di peringkat cawangan dari 25 April hingga 11 Mei. Keputusan pemilihan parti akan diketahui pada 13 Mei.
Semalam, sewaktu mengumumkan senarai akhir calon, pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat , Datuk Johari Abdul meminta ahli-ahli tidak mendedahkan masalah parti kepada orang ramai di media .
Astro Awani
Sat Apr 12 2014
Bendera PKR
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Pembangunan perumahan mesti penuhi aspek manusiawi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek perumahan khususnya rumah mampu milik, mesti memenuhi aspek manusia dan keperluan asas rakyat.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Titah Adendum: Tidak munasabah ulas isu dalam prosiding mahkamah secara terbuka - Anwar
Perdana Menteri menegaskan bahawa isu kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka.
Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.