awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Deepavali harus disambut sederhana hormati insiden Hospital Sultanah Aminah - Kayveas

Bernama
Bernama
26/10/2016
23:22 MYT
Deepavali harus disambut sederhana hormati insiden Hospital Sultanah Aminah - Kayveas
Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kayveas berkata Deepavali perlu terus diraikan tetapi sedikit berbeza berbanding perayaan lepas. -FotoBERNAMA
Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kayveas menyaran supaya sambutan Deepavali pada Sabtu ini disambut secara sederhana sebagai menghormati tragedi kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru pada Selasa.
Beliau berkata Deepavali perlu terus diraikan tetapi sedikit berbeza berbanding perayaan lepas.
"Bagi perayaan kali ini, saya sarankan agar kita menyambutnya dengan penuh kesederhanaan dan berpada bagi menghormati mangsa tragedi di hospital Johor Bharu yang baru kehilangan orang yang tersayang," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Fiesta Deepavali 2016 di sini pada Rabu.
Dalam kejadian kira-kira 9 pagi semalam, enam pesakit maut apabila wad Unit Rawatan Rapi di tingkat dua bangunan lima tingkat HSA terbakar, manakala seorang lagi pesakit berjaya diselamatkan.
Tiga kakitangan hospital itu turut cedera dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail.
Sementara itu, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata festival Deepavali yang diadakan itu lebih cenderung untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik.
"Festival yang dianjurkan selama tiga hari berturut-turut bermula semalam memberi banyak manfaat kepada golongan yang memerlukan bantuan," katanya Pada majlis hari ini, MyPPP turut menyampaikan sumbangan kepada 100 orang yang terdiri daripada golongan kurang bernasib baik, berupa wang tunai dan pakaian tradisional bagi persiapan perayaan itu.
Bantuan itu disalurkan kepada 300 individu yang disenarai pilih dari pelbagai rumah kebajikan selama tiga hari festival itu.
Pengunjung yang hadir pada festival Deepavali itu turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan tarian tradisional India selain terdapat pelbagai gerai yang menyajikan pelbagai jenis makanan tradisional. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Deepavali
#HSA
#ICU terbakar
#M. Kayveas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan