awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM34 juta wang "scam" diselamatkan, RM6.7 juta dipulangkan kepada mangsa - Saifuddin Nasution
KKM pantau rapi, sah maklumat dengan saluran rasmi situasi virus Nipah di India
Gempa bumi sederhana landa Yogyakarta tengah hari tadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Deepavali: Syarikat konsesi diarah bersedia - LLM

Astro Awani
Astro Awani
11/11/2023
02:50 MYT
Deepavali: Syarikat konsesi diarah bersedia - LLM
LLM arah kesemua syarikat konsesi lebuh raya untuk melakukan persediaan rapi bagi memastikan perjalanan pengguna lebuh raya selamat dan lancar. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Sempena perayaan Deepavali esok, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan berlaku peningkatan jumlah trafik di lebuh raya utama sehingga 2.3 juta sehari.
Dalam satu kenyataan, LLM memaklumkan, peningkatan itu dijangka berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2.
Sehubungan itu, LLM mengarahkan kesemua syarikat konsesi lebuh raya untuk melakukan persediaan rapi bagi memastikan perjalanan pengguna lebuh raya selamat dan lancar.
“Antara langkah yang diambil ialah mengarahkan syarikat konsesi lebuh raya agar menghentikan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan melibatkan penutupan lorong lebuh raya bermula dari 10 November 2023 hingga 14 November 2023.
“LLM memastikan pengoperasian lebuh raya dalam keadaan terbaik dan semua kemudahan berfungsi sepanjang tempoh tersebut terutama di kawasan rehat dan rawat (R&R) serta hentian sebelah demi keselesaan dan keselamatan pengguna lebuh raya.
“LLM juga memastikan sistem kutipan tol berfungsi dengan baik, menyediakan petugas tambahan terutama di plaza-plaza tol dan mengaktifkan laluan smart di beberapa lokasi berdasarkan keperluan bagi melancarkan trafik,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, LLM mengingatkan orang ramai berkenaan penggunaan kad sentuh dan pergi (TnG) dan SmartTag di plaza tol bagi mengoptimumkan inisiatif tol percuma pada 11 November (12.01 pagi) sehingga 12 November 2023 (11.59 malam).
Penggunaan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) masih diperlukan untuk masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan lorong RFID, namun tiada bayaran tol dikenakan atau ditolak daripada kad dan e-dompet TnG.
Pengguna juga dinasihatkan supaya merancang perjalanan berdasarkan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan pihak Plus Berhad dan Anih Berhad, memastikan kenderaan dalam keadaan baik, baki kad TnG mencukupi dan sentiasa mematuhi had laju dan peraturan bagi mengelakkan insiden kemalangan.
Topic Berkaitan
#LLM
#trafik
#lebuh raya
#Deepavali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan