Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengkaji untuk meluaskan definisi rogol agar meliputi perbuatan memasukkan sebarang objek atau sebahagian anggota tubuh selain zakar ke dalam faraj, kata Menterinya Datuk Rohani Abdul Karim.
Beliau berkata kementerian itu telah memulakan perbincangan dengan para pegawai daripada Kementerian Kesihatan tentang cadangan membuat pindaan terhadap Kanun Keseksaan berhubung definisi rogol.
Merujuk kepada kes terbaru di Sibu, Sarawak, Rohani berkata kementerian itu menyokong agar Seksyen 375 Kanun Keseksaan dikaji semula untuk memberi perlindungan lebih menyeluruh kepada remaja perempuan yang menjadi mangsa rogol.
"Berikutan kes itu, kami akan percepatkan pelaksanaan cadangan pindaan ini untuk memastikan remaja perempuan yang menjadi mangsa dalam kes seperti itu mendapat lebih banyak perlindungan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Keputusan Mahkamah Rayuan di Sibu Khamis lepas membebaskan Bunya Jalong, 60, yang mengaku merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun empat tahun lepas, mencetuskan bantahan orang ramai.
Remaja itu melahirkan seorang anak, yang DNAnya sepadan dengan DNA Bunya.
"Kementerian ini ingin merakamkan kekesalan tidak terhingga berhubung isu itu dan menggesa ibu bapa serta penjaga supaya lebih berwaspada.
"Ibu bapa dan penjaga juga dinasihati supaya menyediakan masa berkualiti mereka untuk mendampingi dan memantau anak masing-masing bagi mengelak berlakunya kejadian tidak sihat," katanya.
Rohani berkata bagi seseorang kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual, kementerian itu akan mengambilnya untuk dijaga dan diberi perlindungan mengikut peruntukan yang terkandung dalam Akta Kanak-kanak 2001.
Katanya, Akta itu akan berkuat kuasa sekiranya pemangsa seksual adalah bapa atau penjaga atau anggota keluarganya; atau sekiranya kanak-kanak berkenaan menjadi mangsa penderaan seksual dan ibu bapa atau penjaganya tidak melindungi mangsa daripada perbuatan itu.
"Tetapi, kes terbaru yang melibatkan remaja dari Sarawak ini berbeza kerana tertuduh adalah orang luar. Remaja itu mendapat perlindungan dan sokongan daripada keluarganya," kata beliau.
Bernama
Sat May 16 2015
Seksyen 375 Kanun Keseksaan perlu dikaji semula untuk memberi perlindungan lebih menyeluruh kepada remaja perempuan yang menjadi mangsa rogol.
MASA gesa KPM tangani masalah kemiskinan digital
Dasar Pendidikan Digital hanya dapat mencapai matlamat dengan infrastruktur yang betul dan menangani isu berkaitan kemiskinan digital.
Hamas keluarkan serangan video ke atas rejim zionis
Kumpulan pejuang Hamas mengeluarkan video pada Selasa, menunjukkan serangan dilakukan ke atas kereta kebal Israel berhampiran Rafah.
Bagaimanapun, menurut Reuters, lokasi dan tarikh situasi itu dirakam tidak dapat disahkan.
Bagaimanapun, menurut Reuters, lokasi dan tarikh situasi itu dirakam tidak dapat disahkan.
Faisal mungkin dibenarkan pulang dua minggu lagi
PEMAIN Selangor FC, Faisal Halim berkemungkinan dibernarkan pulang dalam tempoh sekurang-kurangnya dua minggu lagi selepas keadaan kesihatannya bertambah baik.
Sifat 'emosi' wanita perlu dilihat sebagai satu kelebihan
Wanita seringkali dikaitkan dengan kecenderungan untuk mementingkan emosi ketika memimpin.
Namun menurut Yang Dipertua MPP Universiti Putra Malaysia Umairah Farisah Ahmad Yuzri, perkara tersebut sebaliknya boleh dilihat sebagai satu kelebihan dan bukan halangan utama untuk para wanita melibatkan diri dalam dunia kepimpinan.
Namun menurut Yang Dipertua MPP Universiti Putra Malaysia Umairah Farisah Ahmad Yuzri, perkara tersebut sebaliknya boleh dilihat sebagai satu kelebihan dan bukan halangan utama untuk para wanita melibatkan diri dalam dunia kepimpinan.
Google bakal kenal pasti panggilan scam ketika perbualan berlangsung
Google menjayakan perkara ini melalui integrasi Gemini Nano yang disertakan terus pada telefon Android.
Hari Belia Negara: Fokus 10 Gaya Hidup Rakan Muda, 60 buah pengisian
Program semarak Hari Belia Negara (HBN) anjuran Kementerian Belia dan Sukan 2024 buka tirai sambutan Hari Belia Negara pada Rabu.
Berlangsung di Menara Kementerian Belia dan Sukan Putrajaya, HBN merupakan pengiktirafan dan penghargaan khusus yang diberikan Kerajaan kepada belia Malaysia.
Berlangsung di Menara Kementerian Belia dan Sukan Putrajaya, HBN merupakan pengiktirafan dan penghargaan khusus yang diberikan Kerajaan kepada belia Malaysia.
Beri ruang kepada Faisal - Adam Adli
Beri ruang kepada pemain Selangor FC, Faisal Halim agar dapat menjalani tempoh pemulihan dengan tenang.
Syed Saddiq dapat sementara pasport untuk ke Singapura, Taiwan
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mendapatkan sementara pasportnya bagi membolehkan beliau ke Singapura dan Taiwan.
[TERKINI] Atlet kayak Siti Nurul Masyitah kemalangan dipercayai dilanggar pemandu mabuk
Atlet kayak Siti Nurul Masyitah Md Elias, 22, terlibat dalam kemalangan dipercayai dilanggar pemandu mabuk di Lebuh Raya Penyuraian Timur (EDL) menuju ke Southkey, di Johor Bahru.
[TERKINI] Undang Luak Rembau meninggal dunia
Undang Luak Rembau Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman meninggal dunia pada 9.15 pagi tadi di kediaman rasminya.
[KOLUMNIS] 'Kasanova': Daripada kata nama khas kepada kata nama am
Istilah asing boleh dipinjam atas beberapa dasar, iaitu kesesuaian makna, lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayu dan memudahkan penyelarasannya.
Semua pihak berperanan memartabatkan Bahasa Melayu - DBP
Hakikatnya, masih berlaku penggunaan 'bahasa rojak' di negara ini, malah kepincangan turut melibatkan program rasmi anjuran kerajaan.
Memahami proses pemilihan pinjaman bahasa - DBP
Terdapat sebuah jawatankuasa di DBP yang bertanggungjawab dalam mencari setiap istilah atau perkataan baharu dalam bahasa Melayu.
'Merarau', 'gabi', istilah baharu bahasa Melayu?
Foto yang mengandungi istilah-istilah baharu itu rancak dimuat naik dan dikongsi ke laman sosial, sekaligus mengundang pelbagai komen dan reaksi lucu daripada netizen.
Definisi rogol akan diperluas untuk bela nasib mangsa - Rohani
Definisi itu akan diperluas meliputi perbuatan memasukkan sebarang objek atau sebahagian anggota tubuh selain zakar ke dalam faraj.