KUALA LUMPUR:Defisit kepercayaan terhadap agensi menangani COVID-19 merupakan antara cabaran dihadapi dalam pelaksanaan inisiatif komunikasi berkesan sehingga menyebabkan segelintir masyarakat tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan arahan kerajaan.
Berdasarkan dapatan analisis, timbul defisit kepercayaan dalam kalangan sebahagian rakyat seperti mempersoalkan tindakan Majlis Keselamatan Negara dan data Kementerian Kesihatan berhubung COVID-19 selain bersifat sarkastik, sinis, amarah serta membuat luahan bersifat politik.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata analisis itu dibuat pelbagai pihak termasuk risikan media, sentimen rakyat, bilik gerakan COVID-19 Kementerian Komunikasi dan Multimedia, tinjauan oleh akademia serta pendapat profesional termasuk pakar kaunseling dan psikologi.
Beliau berkata analisis itu juga mendapati terdapat permintaan dan pembekalan 'maklumat palsu' yang sengaja disebarkan sebagai berita palsu, penipuan serta penafian sehingga terdapat segelinir rakyat yang seakan-akan hidup dalam dunia selari/fiksyen.
"Keletihan/tekanan dan kealpaan bermusim. Keadaan ini mula berlaku dalam kalangan sesetengah barisan hadapan dan sebahagian rakyat sehingga wujud peratusan tertentu yang tidak atau kurang mematuhi SOP dan arahan-arahan, belum membudayakan norma baharu atau belum berlaku perubahan tingkah laku positif," katanya kepada Bernama hari ini.
Saifuddin berkata analisis turut mendapati sebahagian rakyat belum memahami tentang hakikat perlu hidup bersama pandemik COVID-19 untuk suatu jangka masa tertentu.
Beliau berkata analisis itu bertujuan memperoleh data serta input saintifik terkini dalam usaha memiliki kefahaman sebenar dan tepat mengenai status serta prestasi pada masa ini dan jangka masa pendek/sederhana berhubung penularan pandemik, inisiatif kesihatan dan bukan kesihatan (termasuk kewangan dan ekonomi) serta komunikasi.
Ia bagi mendapatkan penyelesaian yang lebih baik supaya pelaksanaan inisiatif komunikasi COVID-19 dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
Bagaimanapun, Saifuddin berkata keberkesan inisiatif komunikasi yang telah dilaksanakan setakat ini agak baik namun perlu dilipatgandakan dengan perancangan dan pelaksanaan lebih sistematik.
"Dalam konteks virus yang tidak kelihatan dan telah merebak di tengah-tengah komuniti, kewujudan peratusan yang kecil pun yang tidak mematuhi SOP dan arahan hendaklah dilihat sebagai satu masalah yang besar," katanya.
Semalam, Polis Diraja Malaysia menahan 455 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini menyebut antara kesalahan yang dilakukan ialah gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal, aktiviti pusat hiburan dan tidak memakai pelitup muka.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 21 2020

Saifuddin berkata keberkesan inisiatif komunikasi yang telah dilaksanakan setakat ini agak baik. - Bernama

Indeks Persepsi Rasuah: Malaysia jatuh ke tangga 57
Malaysia mencatatkan skor sebanyak 51 daripada 100 peratus berbanding skor sebanyak 53 peratus pada tahun sebelumnya.

COVID-19 | Sekatan di England diteruskan sehingga 8 Mac depan
Perdana Menteri UK, Boris Johnson pertahan keputusan berkenaan sekatan di England tetap akan diteruskan sekurang-kurangnya sehingga 8 Mac ini. Johnson mengingatkan bahawa sasaran sekatan sehingga 8 Mac itu bergantung kepada kejayaan sekatan yang sedang dilaksanakan danprogram vaksinasi di negara itu.

Vaksin COVID-19 | Ketegangan antara Astrazeneca dan EU berterusan
Ketegangan antara Kesatuan Eropah dan Astrazeneca kian meningkat selepas pengeluar vaksin COVID-19 itu terus mempertahankan diri daripada tuntutan mengingkari perjanjian dalam pengedaran vaksin. Ketua Eksekutifnya, Pascal Soriot mendakwa, pengagihan kepada blok 27 negara itu adalah sasaran dan bukanlah satu bentuk komitmen.

COVID-19 Global | New Zealand catat 2 kes tambahan dalam komuniti
New Zealand yang menerima pujian kerana kecekapan dalam mengendalikan pandemik COVID-19, kini mula mencatatkan kembali kes penularan dalam komuniti. Tambahan dua kes positif COVID-19 varian afrika selatan melibatkan seorang dewasa dan anaknya itu dipercayai dijangkiti di tempat kuarantin bagi pesakit pertama hujung minggu lalu.

PdPR | Pusat Internet Komuniti beri manfaat kepada pelajar
Pusat Internet Komuniti (PIK) merupakan antara pendekatan yang boleh membantu menangani masalah pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) ketika ini. Bagi seorang pelajar Che Hafizal Farish Che Kheari... Dia sering datang ke Pusat Internet Komuniti di sebuah kampung di Tambun untuk mengulangkaji pelajaran.

Sarawak aktifkan semula pusat transit gelandangan di Sibu
Kerajaan negeri mengaktifkan semula pusat transit sementara bagi menempatkan gelandangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bahagian Sibu.

Perayaan Thaipusam: Pihak berkuasa mengawal rapi sambutan di Sg Petani
28 anggota polis ditempatkan di Kuil Sri Subramaniam, Sungai Petani ketika perayaan thaipusam bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah memaklumkan, berdasarkan arahan terbaru dari Majlis Keselamatan Negara (MKN), hanya lima orang saja dibenarkan berada di kuil sepanjang perayaan itu berlangsung.

Macau Scam: Wanita rugi lebih RM125,000 ditipu penyamar LHDN, polis
Seorang kakitangan awam berputih mata apabila duit pinjaman dan simpanannya lesap sekelip mata selepas diperdaya sindiket Macau Scam. Mangsa wanita berusia 46 tahun itu bekerja sebagai pembantu tadbir amanah kerugian RM125,498.25 selepas ditipu anggota sindiket yang mendakwa pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Rasuah | Perangi rasuah tidak boleh bermusim
Usaha membudayakan integriti dan memerangi rasuah tidak sepatutnya dilakukan secara bermusim. Memetik kupasan Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Anis Yusal Yusoff menerusi portal Sinar Harian, beliau menegaskan usaha itu harus berterusan dan berulang kali.

APM | Graduan universiti digalak sertai APM
Golongan belia dan graduan universiti di Kedah dipelawa untuk menyertai angkatan pertahanan awam memandangkan pasukan itu memerlukan lebih 1,000 anggota tahun ini sebagai tambahan kepada keanggotaan sedia ada. Menurut Pengarah APM Kedah, Leftenan Kolonel (Pa) Awang Askandar Ampuan Yaacob, pihaknya mencari anggota yang berkualiti dan mereka akan diberi latihan, pakaian seragam serta dibayar elaun mengikut kiraan tugas setiap hari.

Pelan induk digital lima tahun ASEAN dilancar
ADGMIN1 muncul di saat sangat mencabar dan kritikal kerana ekosistem digital semakin penting dalam kehidupan masyarakat dan perniagaan di seluruh ASEAN.

ADGMIN1 berakhir dengan penerimaan Pelan Induk Digital ASEAN 2025
Malaysia diberi penghormatan menyelaras pembangunan ADM 2025 dengan pelan yang menyenaraikan Lapan Matlamat Keberhasilan bagi memudahkan kerjasama serantau dalam pembangunan sektor digital di ASEAN.

RTM sedia saluran pendidikan bantu proses PdPR - Saifuddin
Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan melancarkan saluran pendidikan khas bagi membantu proses pengajaran PdPR semasa dan pasca-COVID-19.

ASEAN komited realisasikan ADM 2025
Ia bakal menjadi kerangka hala tuju dalam mendukung aspirasi digital dan mengukuhkan kerjasama serantau dalam membangunkan sektor digital ASEAN.

Pelantikan Biden diharap redakan perang teknologi, dagangan antara China-AS - Saifuddin
Beliau berkata ini kerana sekiranya perang antara dua kuasa besar itu berterusan, ia akan menyebabkan negara-negara ASEAN tersepit.

Isu ancaman siber antara tumpuan hari pertama ADGMIN1
Tatacara pentadbiran serta kaedah perpindahan data antara negara ASEAN juga akan dirangka.

Malaysia komited bantu ASEAN wujudkan ekosistem data yang selamat
Malaysia komited dalam memastikan aliran data rentas sempadan yang selamat dalam mewujudkan ekosistem e-dagang dalam kalangan negara ASEAN.

Mesyuarat Menteri-Menteri Digital Asean pertama bermula hari ini
ADGMIN1 bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama antara negara ASEAN ke arah membina ekosistem digital sebagai tonggak dalam pelan pembangunan pasca-COVID-19.

KKMM siasat ciapan 'tidak senonoh' di Twitter MCMC
Datuk Saifuddin Abdullah berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab, sama ada masih di MCMC atau tidak.

Media boleh teruskan operasi penyampaian maklumat dalam tempoh PKP - Saifuddin
Operasi organisasi media bagi tujuan produksi program, berita, rencana dan kandungan tempatan untuk penyampaian maklumat dibenarkan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).