KUALA LUMPUR : Ragam seorang ‘minah saleh’ yang baru-baru ini tular menimbulkan kekecohan cuba memasuki sebuah butik di Suria KLCC tanpa memakai pelitup muka sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila mengulangi insiden sama.

Wanita warga asing itu kali ini dikesan bertengkar dengan pihak pengawal apabila cuba memasuki pusat beli-belah Bangsar Shopping Centre (BSC) tanpa memakai pelitup muka.

Perbuatan wanita tersebut yang disifatkan sebagai mementingkan diri sendiri itu berjaya dirakam pengguna akaun Twitter.


Tular | Warga asing buat hal lagi langgar SOP

BACA: 'Minah saleh' naik angin di KLCC, KKM sedang dapatkan maklumat - Khairy

Tindakan wanita berkenaan yang dilihat mengulangi perkara sama mengundang kecaman netizen malah ada yang meminta agar dia kembali pulang ke negara asalnya.

Sebelum ini, tindakan wanita warga asing itu turut mendapat perhatian Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang turut tidak bersetuju dengan tindakan wanita terbabit.

Dalam pada itu, sebahagian besar warganet memuji tindakan tegas pasukan pengawal berhubung prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

Sebelum ini, wanita warga asing itu mendakwa individu yang memakai pelitup muka sebagai komunis selain meminta keistimewaan sebagai individu yang berkulit putih.