awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Deinking' kaedah alternatif pelupusan al-Quran secara mesra alam

Bernama
Bernama
08/06/2024
22:30 MYT
'Deinking' kaedah alternatif pelupusan al-Quran secara mesra alam
Naskhah yang diproses secara 'deinking' dilupus secara lengkap dan tidak mengeluarkan asap selain hanya menghasilkan kurang tiga peratus bahan buangan. - Gambar Bernama
SHAH ALAM: Berbanding kaedah pembakaran, syarikat percetakan Attin Press Sdn Bhd (Attin Green) menggunakan kaedah pelupusan kitab suci al-Quran serta naskhah agama yang lebih mesra alam dikenali sebagai 'deinking' (nyahdakwat).
Pengarah Operasi Attin Green, Mashudi Ariffin berkata, naskhah yang diproses secara deinking dilupus secara lengkap dan tidak mengeluarkan asap selain hanya menghasilkan kurang tiga peratus bahan buangan.
Beliau berkata, kaedah itu yang mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri dan Majlis Fatwa Selangor tidak memerlukan kawasan luas untuk proses jemuran selain boleh dilakukan dalam masa singkat.
"Dalam masa sehari kami boleh proses kira-kira 3,000 kilogram (kg) dan hanya 20 minit diperlukan untuk memproses 70 kg bahan untuk satu kumpulan sekali proses.
"Kaedah ini juga terjamin kerana melalui pelbagai peringkat saringan menggunakan mesin dan bahan asas seperti air yang akan dirawat dan digunakan semula untuk kumpulan seterusnya," katanya kepada Bernama.
Lebih menarik, Mashudi berkata, mashaf yang telah melalui kaedah deinking akan digunakan semula untuk menghasilkan produk asas mashaf itu sendiri iaitu sebagai kulit al-Quran dan akan dihantar ke syarikat-syarikat percetakan.
"Kuncinya dalam kaedah deinking ini adalah keupayaannya untuk mengasingkan dakwat yang terlekat pada kertas cetakan.
"Kertas adalah satu daripada bahan utama yang perlu dikitar semula, jadi kami merasakan amat wajar bahan utama ini dikitar semula seupaya mungkin untuk mengelakkan pembaziran dan mengurangkan penebangan pokok sebagai bahan utama pembuatan kertas," katanya.
Memulakan operasi berkenaan pada November 2023 di Puncak Alam, Selangor, beliau berkata, kaedah itu telah dipatenkan melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Katanya, Attin Green juga mempunyai perancangan untuk mencetak al-Quran menggunakan mashaf yang diproses melalui kaedah itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#deinking
#kaedah alternatif
#pelupusan
#Al-Quran
#Attin Green
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan