awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Whistleblower: Memahami prosedur perlindungan pemberi maklumat
MALAYSIA
Institut Audit Oman mahu jalin kerjasama strategik dengan SPRM
DUNIA
Forum keagamaan IKIM perkukuh hubungan Malaysia-Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPORTS

'Dek Wan' terus menyinar di Maghribi

Bernama
Bernama
28/04/2024
14:49 MYT
'Dek Wan' terus menyinar di Maghribi
Masih jaguh! Dek Wan mempamerkan larian bertenaga untuk menyambar pingat emas acara 100 meter (m) T35/36 (kecacatan fizikal) pada Grand Prix Olahraga Para Dunia Marrakech di Maghribi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi berada di kelas tersendiri apabila menyambar pingat emas acara 100 meter (m) T35/36 (kecacatan fizikal) pada Grand Prix Olahraga Para Dunia Marrakech di Maghribi hari ini.
Mohamad Ridzuan yang lebih mesra dipanggil "Dek Wan" mempamerkan larian bertenaga dengan mencatat masa 12.52 saat (s) untuk meninggalkan Taha Al Harrasi (12.65s) dari Oman yang membawa pulang perak di Grand Stadium Marrakech.
Pingat gangsa menjadi milik rakan senegara Ahmad Fizzi Rosni yang mencatat masa 12.72s.
Sementara itu, seorang lagi wakil negara Muhamad Afiq Mohamad Ali terpaksa berpuas hati memperoleh gangsa bagi acara 100m T12 (kecacatan fizikal) dengan mencatat masa 11.45s.
Muhamad Afiq ditinggalkan pelari tuan rumah Mouncef Bouja yang memperoleh emas dengan catatan masa 11s manakala pingat perak menjadi milik Temitope Olusesan dari Nigeria dengan rekod 11.15s.
Dalam pada itu, atlet para Mohammad Zikri Zakaria memperoleh perak bagi acara lontar peluru F55/56 (berkerusi roda) selepas menyempurnakan lontaran sejauh 9.61 meter (m) dengan 780 mata.
Pingat emas dimiliki atlet dari Armenia, Sargio yang membuat lontaran 11.23m dengan kutipan mata 924 manakala Mukan Aitmyrzayev dari Kazakhstan meraih pingat gangsa selepas membuat lontaran sejauh 9.62m dengan 733 mata.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dek Wan
#Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi
#Grand Prix Olahraga Para Dunia
#Maghribi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami