awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Deklarasi Kuala Lumpur 2025 bakal lonjak peranan geopolitik ASEAN

Bernama
Bernama
23/05/2025
03:40 MYT
Deklarasi Kuala Lumpur 2025 bakal lonjak peranan geopolitik ASEAN
Deklarasi Kuala Lumpur 2025 yang dijangka ditandatangani pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 akan menjadi antara dokumen paling signifikan dalam sejarah kepengerusian Malaysia. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Deklarasi Kuala Lumpur 2025 yang dijangka ditandatangani pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 akan menjadi antara dokumen paling signifikan dalam sejarah kepengerusian Malaysia, khususnya dalam aspek geopolitik dan hala tuju ekonomi rantau ini.
Felo Majlis Profesor Negara, Prof Dr Azmi Hassan menjangkakan terdapat perbezaan ketara antara deklarasi itu dengan Deklarasi Kuala Lumpur mengenai pembentukan Komuniti ASEAN yang ditandatangani pada 2015, ketika kali terakhir Malaysia mempengerusikan blok serantau tersebut.
Beliau berkata ini, berikutan pendekatan berbeza yang dibawa Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebalik situasi geopolitik dan ekonomi rantau ini dan global secara keseluruhannya.
"Jadi, (saya jangka) perbezaan deklarasi Kuala Lumpur pada ketika ini akan mempunyai kekuatan yang lebih dalam hal geopolitik untuk membawa ASEAN sebagai organisasi yang dikenali dan disegani.
"Bukan itu sahaja, ia (ASEAN) juga berpotensi menjadi organisasi yang mampu menyelesaikan masalah, bukan sekadar melihat isu dalam rantau semata-mata," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Siaran Khas Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 terbitan Bernama TV semalam.
Azmi berkata, Perdana Menteri memberi penekanan terhadap aspek kepusatan ASEAN dengan penglibatan yang lebih mendalam dalam isu antarabangsa seperti Ukraine, Gaza dan konflik India-Pakistan yang turut memberi kesan kepada kestabilan ekonomi serantau.
"ASEAN tidak boleh lagi hanya terkongkong dengan isu serantau seperti krisis di Myanmar dan (pertikaian) di Laut China Selatan," katanya.
Beliau turut menyentuh kepentingan pendekatan kolektif dalam aspek ekonomi, misalnya ketika berdepan tekanan tarif Amerika Syarikat, agar rundingan negara anggota ASEAN dengan mana-mana kuasa besar tidak menjejaskan antara satu sama lain.
Rabu lepas, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Deklarasi Kuala Lumpur akan dilancarkan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, dan perinciannya akan diedarkan kepada media selepas dilancarkan secara rasmi.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dengan tema 'Keterangkuman dan Kemampanan' bermula dengan mesyuarat peringkat pegawai-pegawai kanan hari ini diikuti mesyuarat peringkat menteri pada 25 Mei, manakala mesyuarat ketua-ketua kerajaan pula pada 26 dan 27 Mei.
Ini merupakan kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN selepas memegang jawatan itu pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Deklarasi Kuala Lumpur 2025
#geopolitik
#Sidang Kemuncak ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan