awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM patahkan 7,097 kes cubaan seludup, nilai sitaan capai RM1.88 bilion pada 2025
Pemandu teksi, pengusaha bas sekolah di Pulau Pinang terima insentif RM600 mulai Mac - Exco
Bekas Menteri Agama Indonesia dinamakan suspek kes rasuah kuota haji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Deklarasi Kuala Lumpur bakal bentuk garis panduan pertama ASEAN tangani penyalahgunaan media sosial

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
02/10/2025
03:05 MYT
Deklarasi Kuala Lumpur bakal bentuk garis panduan pertama ASEAN tangani penyalahgunaan media sosial
Fahmi berkata garis panduan yang bakal diperkenalkan itu dijangka menjadi asas kepada usaha memperkukuh keselamatan dalam talian. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Deklarasi Kuala Lumpur yang dijadual ditandatangani pada 26 Oktober ini bakal melahirkan garis panduan pertama ASEAN dalam usaha mengekang penyalahgunaan media sosial di rantau ini.

Ringkasan AI
  • Deklarasi Kuala Lumpur bakal memperkenalkan garis panduan pertama ASEAN untuk menangani penyalahgunaan media sosial dan penularan berita palsu di rantau ini.
  • Modul latihan khusus akan dibangunkan bagi membantu negara anggota memerangi maklumat palsu secara berkesan dan berkongsi amalan terbaik melalui pengamal media serantau.
  • Garis panduan ini dijangka memperkukuh keselamatan dalam talian, selari dengan pembentukan Komuniti ASEAN yang lebih kukuh menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada 2628 Oktober.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata deklarasi tersebut merupakan inisiatif di bawah ASEAN Ministers Responsible for Information (AMRI), dan akan menjadi landasan penting dalam menangani penularan berita palsu serta maklumat yang mengelirukan.
Menurut beliau, satu modul latihan khusus akan dibangunkan bagi membantu negara-negara anggota ASEAN memerangi penyebaran maklumat palsu yang disebarkan secara sengaja untuk menipu atau mengelirukan masyarakat.
“Seminar ini memberi pendedahan kepada pengamal media serantau mengenai teknik terkini yang boleh diaplikasikan di platform tertentu.
"Modul yang akan dibangunkan membolehkan mereka membawa pulang amalan terbaik untuk dimanfaatkan di negara masing-masing,” katanya semasa merasmikan Seminar Pembangunan Modul Latihan untuk Memerangi Berita Palsu di ASEAN, di Kuala Lumpur pada Khamis.
Fahmi turut menyatakan harapannya agar negara-negara ASEAN, walaupun berbeza dari segi bangsa dan bahasa, dapat bersatu menangani cabaran bersama dalam mengekang penyalahgunaan media sosial untuk penyebaran berita palsu dan aktiviti jenayah siber.
Beliau menambah, garis panduan yang bakal diperkenalkan itu dijangka menjadi asas kepada usaha memperkukuh keselamatan dalam talian, selari dengan pembentukan Komuniti ASEAN yang lebih kukuh dan selamat untuk semua rakyat di rantau ini.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober ini dijangka menjadi yang terbesar sejak penubuhannya pada tahun 1976, berikutan pengesahan kehadiran pelbagai negara bukan Rakan Dialog ASEAN, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Topic Berkaitan
#Deklarasi Kuala Lumpur
#ASEAN
#garis panduan
#penyalahgunaan media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan