awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Demam aksi panjat papan tanda 'IPOH' kembali

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
15/01/2017
11:29 MYT
Demam aksi panjat papan tanda 'IPOH' kembali
Seorang lagi anak muda mengulang aksi berani mati dengan mengikuti trend memanjat papan tanda 'IPOH' pada petang Ahad. - Gambar Instagram - kerabupauh
Seorang lagi anak muda mengulang aksi berani mati dengan mengikuti trend memanjat papan tanda "IPOH" pada petang Ahad.
Remaja lelaki tersebut kemudiannya memuat naik lagak berani tersebut dalam akaun sosial medianya dengan nama 'Seorang Pauh' di Instagram.
Aksi itu turut dipertontonkan oleh remaja lelaki berkenaan kepada orang ramai melalui tiga keping gambar pelbagai sudut di papan tanda berhampiran susur keluar Simpang Pulai, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Malah, paparan kesemua gambar di Instagram beliau turut mendapat pelbagai maklum balas viral pengguna sosial media.
Salah satu gambar berkenaan, yang diambil dari sudut bawah menunjukkan remaja lelaki berkenaan berdiri di atas huruf 'P' manakala satu lagi menampakkan swafotonya sambil melihat kepada telefon bimbit.
BACA: Kumpulan panjat mercu tanda IPOH mohon maaf
Pihak Majlis Bandaraya Ipoh ketika dihubungi berkata siasatan lanjut akan dijalankan sebelum kenyataan penuh berhubung kejadian tersebut dikeluarkan.
Sehingga kini,pihak MBI masih cuba mengetahui sama ada anak muda berkenaan bertindak secara sendiri atau secara berkumpulan.
Difahamkan, papan tanda berkenaan mempunyai ketinggian 9.1 meter manakala ketinggian bukit di mana ia dipacakkan adalah setinggi 30 meter dari aras tanah.
Gambar-gambar berkenaan dipercayai dimuat naik pada Sabtu hanya dalam tempoh dua minggu selepas sekumpulan lapan remaja mencetuskan kontroversi memanjat papan tanda Ipoh di Jalan Kuala Kangsar berhampiran Gunung Lang.
Bagaimanapun, kesemua remaja berkenaan tampil memohon maaf atas aksi berani mati mereka pada 4 Januari lepas kepada orang ramai.
Topic Berkaitan
#aksi lagak geri
#Majlis Bandaraya Ipoh
#panjat kren
#papan tanda Ipoh
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan