Kegagalan majikan mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) yang dikuatkuasakan sepenuhnya bermula Selasa depan akan dikenakan denda RM50,000 bagi setiap kesalahan.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata penguatkuasaan akta itu yang akan dilakukan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) adalah bagi memastikan majikan mematuhi peruntukan dalam undang-undang berkenaan.
"Mulai Selasa depan, majikan perlu mematuhi Akta 446 membabitkan penyediaan perumahan yang sesuai serta kemudahan lain untuk pekerja.
"Kita juga akan sentiasa melakukan lawatan terhadap pemain industri untuk memastikan mereka patuh kepada akta tersebut," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Menara Top Glove di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Eksekutif Top Glove Corporation Bhd (Top Glove), Tan Sri Dr Lim Wee Chai.
Pada 1 Jun lepas, pindaan Akta 446 yang diperluaskan kepada semua sektor pekerjaan bagi menyediakan kemudahan perumahan dan penginapan untuk pekerja telah dikuatkuasakan.
Kerajaan sebelum ini turut memberi penangguhan selama tiga bulan sehingga Isnin ini bagi memberikan ruang kepada majikan membuat persediaan sewajarnya.
Bidang kuasa Akta 446 sebelum ini hanya mencakupi aspek perumahan dan penginapan pekerja di sektor perladangan yang melebihi lapan hektar (20 ekar) dan perlombongan sahaja.
Dalam pada itu, Saravanan berkata pihaknya kini dalam peringkat akhir melaksanakan sistem penggajian e-wages bagi memastikan pembayaran gaji pekerja asing dilakukan secara telus.
Katanya, pelaksanaan sistem berkenaan akan dilakukan secepat mungkin dan ia melibatkan semua sektor industri dalam negara.
Mengulas mengenai isu perkhidmatan penghantaran makanan, minuman dan bungkusan menggunakan motosikal atau 'p-hailing' (parcel-hailing), Saravanan berkata pihak akan berbincang dengan syarikat penyedia untuk mencari penyelesaian berhubung beberapa perkara membabitkan penghantar makanan.
Bercakap mengenai sekatan Amerika Syarikat terhadap Top Glove pula, Saravanan berkata beliau dan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Jamil Rakon akan berbincang dengan pemain industri dan pihak berkepentingan untuk mencari jalan penyelesaian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 26 2020

Kata Saravanan, pelaksanaan sistem berkenaan akan dilakukan secepat mungkin dan ia melibatkan semua sektor industri dalam negara. - Gambar fail

Jenayah | Sarang judi sabung ayam terbongkar
Pertaruhan sehingga RM2000 Jadi tidak hairan kegiatan judi laga ayam di kawasan belukar di Segambut Dalam, Kuala Lumpur menjadi tumpuan kaki judi.

Politik | Tok Mat nafi dipilih sebagai calon PM
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan dakwaan beliau telah dipilih sebagai calon Perdana Menteri untuk Muafakat Nasional (MN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti. Beliau yang mesra dikenali sebagai Tok Mat itu berkata, berita yang tular itu adalah palsu.

10 Berita Pilihan - (24 Januari 2021)

Pasca banjir | Kerajaan Johor pohon peruntukan RM48 juta
Kerajaan Johor memohon peruntukan RM48 juta daripada kerajaan persekutuan bagi membaiki infrastruktur yang rosak di enam daerah akibat banjir. Exco kerja Raya Pengangkutan Dan Infrastruktur negeri Johor, Mohd Solihan Badri berkata,peruntukan itu untuk membaiki jalan, cerun bukit dan jambatan yang rosak

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 24 Januari 2021.

Pemimpin parti dalam Majlis Presiden PN puas hati penjelasan mengenai Ordinan Darurat - PM
Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini berkata antara yang turut dibincangkan adalah pelan imunisasi vaksin yang akan bermula Februari depan

PKP - Tidak ada sebut tentang pkp penuh - EuroCham
Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah Malaysia (EuroCham Malaysia) menafikan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ada sebut tentang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan penuh pada Februari, jika jumlah kes jangkitan COVID-19 gagal diturunkan. Dalam satu kenyataan, eurocham memaklumkan surat berkenaan merupakan pekeliling dalaman yang dihantar kepada semua anggota untuk menyampaikan intipati perbincangan tidak rasmi dengan MITI.

AWANI Ringkas: Tok Mat nafi dipilih sebagai calon PM | Tidak ada sebut tentang PKP penuh - EuroCham
![[INFOGRAFIK] PdPR datang mendadak kita belum bersedia [INFOGRAFIK] PdPR datang mendadak kita belum bersedia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/42602381571611500103371/1887057_8967789641611500411313_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] PdPR datang mendadak kita belum bersedia

Akta 446: Kilang pengeluar sarung tangan di Klang diserbu JTKSM
Sebuah kilang pengeluar sarung tangan di Klang, Selangor diserbu Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dalam operasi bersepadu pada Khamis.

Pulau Pinang mohon tangguh denda majikan gagal sedia asrama pekerja asing
Kerajaan Pulau Pinang memohon penangguhan satu tahun bagi denda terhadap majikan pekerja asing yang gagal menyediakan asrama pekerja dan sebaliknya menempatkan mereka di perumahan biasa.

Hanya 30 peratus daripada 24,000 syarikat patuh Akta 446
Hanya 30 peratus daripada 24,000 majikan yang menyediakan penginapan buat pekerja asing mematuhi Akta Standard Minima Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Jabatan Tenaga Kerja buka 21 kertas siasatan, 19 terhadap Top Glove
Syarikat itu didapati tidak mematuhi Akta Standard Minima Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Majikan perlu lebih masa untuk patuhi Akta Perumahan Pekerja - MEF
Presiden MEF Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata kerajaan perlu mengambil kira keadaan semasa dan tidak menghukum majikan kerana tidak mematuhi akta tersebut.

Akta 446, tingkat standard penginapan pekerja asing berkuat kuasa esok - Ismail Sabri
Antara lain akta pindaan berkenaan bertujuan menambah baik standard penginapan pekerja asing dalam pelbagai sektor di negara ini.

Denda RM50,000 terhadap majikan gagal patuh Akta 446 - Saravanan
Kegagalan majikan mematuhi Akta 446 yang dikuatkuasakan sepenuhnya bermula Selasa depan akan dikenakan denda RM50,000 bagi setiap kesalahan.