Misteri kehilangan seorang pesara warga Britain dan isterinya sejak Selasa lalu akhirnya terjawab, apabila polis menemui mayat pasangan berkenaan yang ditanam di kawasan kediaman mewah mereka di utara Thailand.
Mayat Alan Hogg, 64, dan isterinya Nod Suddaen, 61, ditemui kelmarin selepas penahanan tiga lelaki yang mengaku membunuh pasangan itu setelah diupah abang ipar Hogg .
Laporan Bangkok Post menyatakan pasangan itu disedari hilang dari rumah mereka di daerah Muang di wilayah Pharae pada 18 September lalu selepas gagal dihubungi rakan mangsa.
Siasatan polis menemui kesan darah di singki dan bilik persalinan di kolam renang yang kelihatan seperti dilap.
Jurucakap polis, Sanpat Prabpudsa berkata, tiga lelaki itu mengaku menembak pesara jurutera dan ahli perniagaan terbabit sebelum menggunakan tukul untuk memukul isterinya hingga mati di dalam garaj.
Mayat kedua-dua mangsa kemudian ditanam berhampiran sebuah sungai kecil di belakang kawasan rumah pasangan berkenaan.
Suspek memberitahu, abang ipar Hogg, Warut Satchakit membayar mereka 50,000 baht (RM6,374) untuk membunuh pasangan berkenaan.
“Warut mempunyai masalah kewangan dan masalah peribadi dengan mangsa,” katanya.
Warut ditahan selepas rakaman kamera keselamatan menunjukkan dia masuk ke kediaman itu dan melarikan kenderaan pacuan empat roda milik mangsa untuk dijual.
Sinar Harian
Thu Sep 27 2018
Mayat Alan Hogg dan isterinya, Nod Suddaen (gambar kecil) ditemui ditanam di belakang rumah mereka. -Foto Reuters
Skuad Inspektor 1964 rai ulang tahun ke-60 di Pulapol
Skuad Inspektor 1/1964 hari ini meraikan ulang tahun ke-60 dengan melawat lokasi permulaan kerjaya mereka sebelum bergelar pegawai polis.
Fokus Minggu Depan: Pasca keputusan SPM – Kelebihan menerokai teknologi baharu dan kecerdasan buatan
Demonstrasi di depan kedutaan AS di Jakarta nyatakan sokongan untuk Palestin
Ribuan individu berkumpul di luar Kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta Pusat menuntut keadilan dan tindakan sokongan untuk Palestin.
Bangunan AFF di Putrajaya penuh semak samun
Video tular memperlihatkan keadaan bangunan ibu pejabat itu dipenuhi semak-samun dengan sampah dan air bertakung di beberapa tempat.
Bojan Hodak julang gelaran juara liga di tiga negara berbeza
Pada musim lepas, Hodak berjaya membawa pasukan Kuala Lumpur City melangkah ke tiga perlawanan akhir.
Rexy bimbang dengan prestasi semasa Aaron-Wooi Yik
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky berasa bimbang dengan aksi goyah Aaron Chia-Soh Wooi Yik ketika ini.
Misi PBB di Iraq ditamatkan selepas lebih 20 tahun
Misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Iraq akan ditamatkan pada penghujung 2025 selepas dipersetujui oleh Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada Jumaat.
ISWC 2024: Tingkatkan kesedaran persaraan rakyat di sebalik tekanan kewangan
Perancangan persaraan perlu dimulakan sebaik sahaja seseorang mula bekerja untuk mendapat kesan penggandaan dividen yang optimum.
Jangan sebarkan maklumat peribadi orang lain dalam talian
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, maklumat mengandungi data peribadi mana-mana individu tidak harus disebarkan kerana ia melanggar undang-undang di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan boleh dikenakan tindakan.
Pokok tumbang punca jalan sesak menuju Bulatan Pahang
Kejadian pokok tumbang berhampiran Bulatan Pahang menyebabkan kesesakan lalu lintas hampir satu kilometer menghala ke bulatan itu.
Dendam abang ipar, suami isteri dibunuh dan ditanam belakang rumah
Kes kehilangan sepasang suami isteri sejak Selasa akhirnya terjawab setelah polis menemui mayat pasangan tersebut ditanam di belakang kediaman mewah mereka di utara Thailand.