MELAKA:Melaka merekodkan sebanyak 2,119 kes demam denggi dengan enam kematian dalam tempoh sejak Januari sehingga Sabtu lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Rahmad Mariman berkata daerah Melaka Tengah merekodkan kes demam denggi terbanyak iaitu 1,397 kes, diikuti Jasin (399 kes) dan Alor Gajah (323 kes).
"Trend peningkatan kes demam denggi di negeri ini dilihat melebihi paras amaran dan kadar kematian kes sebanyak 0.28 peratus adalah melebihi paras yang ditetapkan Kementerian Kesihatan. Selain itu 14 lokaliti titik panas wabak denggi telah dikenal pasti," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Justeru katanya kerajaan negeri telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Program Gotong-Royong Mega Bersepadu peringkat negeri Melaka yang dijadual akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Sabtu ini.
Katanya gotong-royong itu turut akan diadakan di lokaliti utama berisiko wabak denggi iaitu di Taman Ayer Molek, di sini; Kampung Solok Tengah, Jasin dan Taman Kuala Permai, Alor Gajah.
"Kerajaan negeri berharap agar semua pihak terutama penduduk di lokasi berkenaan dapat mengambil inisiatif untuk membersihkan kawasan kediaman mereka dan sekitarnya agar bebas daripada tempat pembiakan nyamuk Aedes," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 30 2020

Melaka merekodkan sebanyak 2,119 kes demam denggi dengan enam kematian dalam tempoh sejak Januari sehingga Sabtu lepas. - Gambar fail
![AWANI Sarawak [27/02/2021] - Pelancaran serentak | Libatkan sembilan daerah | PRN boleh tunggu.... AWANI Sarawak [27/02/2021] - Pelancaran serentak | Libatkan sembilan daerah | PRN boleh tunggu....](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892804/18324770291614427749778_640x360.jpg)
AWANI Sarawak [27/02/2021] - Pelancaran serentak | Libatkan sembilan daerah | PRN boleh tunggu....
Laporan berita padat dan ringkas dari Bumi Kenyalang bersama Nickyson Nyambar membawakan tumpuan berikut: 1. Program imunisasi COVID-19 di Kuching dan Sibu berjalan lancar 2. Sesi persekolahan ditangguhkan dua minggu, apa pandangan NGO guru di Sarawak 3. PRN bila-bila ajak pun boleh, nyawa sik dapat diganti dua tiga kali Saksikan #AWANISarawak setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com

Politik Sabah: Adun DAP setia bersama Warisan Plus
Selepas Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah tampil menjelaskan tiada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu bertindak keluar parti.

COVID-19: Lapan kluster baharu dikesan, 16 kluster lagi tamat
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan lapan lagi kluster baharu dikesan di beberapa negeri pada Sabtu.

COVID-19: Satu kluster baharu, satu kematian dicatatkan di Sarawak
Kluster Buloh dikesan di Selangau Sarawak, manakala kes kematian melibatkan warga emas berumur 77 tahun.

Vaksin COVID-19 | Stigma masyarakat di Sibu berubah
Program Imunisasi COVID-19 fasa pertama di Sibu dimulakan di Klinik Kesihatan Lanang pada Sabtu. Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu, Dr Annuar Rapaee juga antara individu terawal menerima vaksin itu di Klinik Kesihatan Lanang. Melihat pada stigma penerimaan vaksin COVID-19 bagi masyarakat di daerah itu, Dr Annuar berkata, ia positif berbanding sebelum ini. Membuktikan orang ramai sedar pentingnya vaksin itu kepada kesihatan awam.

COVID-19 | RM30 juta bagi hantar vaksin ke pedalaman
Dalam tempoh tujuh bulan Program Imunisasi ini, kerajaan beri jaminan untuk menyediakan vaksin kepada 2.2 juta penduduk, tidak kira warganegara ataupun bukan. Antara cabaran bagi vaksin ini sampai kepada penduduk adalah faktor geografi. Justeru, RM30 juta diperuntukkan bagi kos logistik untuk pastikan tiada yang tercicir.

COVID-19 Sarawak | Satu kematian dan pertambahan kluster baharu
Perkembangan COVID-19 di Sarawak. Terdapat satu kematian baharu dilaporkan di Sibu, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 81 kes. Selain itu, terdapat pertambahan satu kluster baharu iaitu Kluster Buloh di Selangau, Sibu. Angka penting lain yang harus anda ketahui juga hari ini, 255 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 9,374 kes.

Vaksin COVID-19 | Keselamatan vaksin dibuktikan kelulusan NPRA
Jangan takut untuk ambil vaksin. Seruan buat seluruh rakyat sarawak itu dilafazkan sendiri Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Bukan hanya cakap kosong, ia dibuktikan menerusi pengalamannya sendiri selepas menerima suntikan vaksin itu pada Jumaat.

PRN Sarawak | Nyawa lebih penting daripada pilihan raya - Abang Johari
Dalam sidang media itu, Abang Johari ada ditanya kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 diadakan selepas program imunisasi selesai. Ini reaksi beliau.

Keputusan kes seks luar tabii: Menteri Agama adakan perbincangan dengan Jakim
Semua pihak digesa supaya menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengetepikan undang-undang Syariah Selangor yang menetapkan seks luar tabii sebagai satu kesalahan.

Melaka terima 8,190 dos vaksin COVID-19
Vaksin yang dibawa dengan sebuah van penyimpanan khas milik syarikat logistik melalui jalan darat itu diiringi dengan lebih tujuh kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

MKN tolak permohonan rentas daerah di Melaka
Majlis Keselamatan Megara (MKN) menolak permohonan Kerajaan Negeri Melaka untuk membenarkan aktiviti rentas daerah di negeri itu sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Melaka bakal jenamakan 'Cili Melaka'
Kerajaan negeri Melaka bercadang untuk memperluaskan tanaman cili di negeri itu sekali gus mewujudkan satu jenama cili baharu iaitu Cili Melaka.

Operator tapak pelupusan dikompaun RM10,000 sisa air sampai ke sungai
Keputusan analisa sampel air menunjukkan, berlaku perlanggaran beberapa parameter yang ditetapkan.

Insiden tertukar bayi di Hospital Melaka disiasat - Exco
Siasatan itu bagi menentukan sama ada berlaku kecuaian petugas kesihatan atau sebaliknya.

Nama, gambar Ketua Menteri Melaka disalah guna untuk penipuan
Sulaiman menafikan mesej penipuan menggunakan nama dan profil gambar beliau di media sosial.

Pemandu lori ditahan baling bom botol akibat cemburu
Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan pada jam 10 malam iaitu kira-kira empat jam selepas suspek melakukan perbuatan tersebut.

Pencemaran sungai: Pemilik kolam ternakan keli dikompaun RM12,000
Pencemaran itu menyebabkan air sungai berkenaan berbau busuk hingga boleh dihidu di Pekan Masjid Tanah.

Ahli perniagaan maut, motosikal berkuasa tinggi rempuh kereta
Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang itu, mangsa Norain Jazman, 44 yang menunggang motosikal jenis BMW S1000RR disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Melaka Bebas Berniaga: Kerajaan negeri sasar 2,000 penjaja
Inisiatif berkenaan adalah sebagai langkah membantu penjaja dan peniaga kecil serta rakyat, menjana pendapatan mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara.