Sebanyak 50,511 kes dan 88 kematian akibat demam denggi dicatatkan dalam negara dari Januari 2020 sehingga 13 Jun lepas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Menurutnya, jumlah kumulatif kes demam denggi itu berkurang berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu sebanyak 56,819 kes dan 88 kematian yang telah dilaporkan.
"Namun sejak lapan minggu lepas, didapati berlaku trend peningkatan dengan purata peningkatan lapan peratus seminggu. Berdasarkan trend itu, Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan peningkatan kes demam denggi dalam gelombang kedua bermula pada awal Jun sehingga September 2020," katanya dalam satu kenyataan bersempena sambutan Hari Denggi ASEAN ke-10, hari ini.
Dr Adham berkata biarpun seluruh negara termasuk Malaysia diuji pandemik COVID-19, usaha berterusan untuk memerangi ancaman wabak demam denggi perlu diberi keutamaan memandangkan angka kes dalam negara masih tinggi.
Individu dan masyarakat turut disaran terus melakukan aktiviti pencegahan denggi dengan mengutamakan penjarakan sosial, memakai penutup hidung dan mulut serta kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan cecair pensanitasi tangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
"Usaha (pencegahan) ini akan diperkasakan lagi melalui penglibatan ejen kesihatan iaitu sukarelawan Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) di seluruh negara, yang berperanan dalam membantu KKM untuk menjalankan aktiviti pendidikan pencegahan demam denggi melalui pendekatan norma baharu.
"Sehingga 12 Jun, terdapat 2,954 pasukan Combi dengan penyertaan lebih 25,531 sukarelawan di seluruh negara," katanya.
Sementara itu, Dr Adham berkata tema Sambutan Hari Denggi ASEAN peringkat kebangsaan tahun ini ialah '10 Minit Hapuskan Aedes', bertujuan mewujudkan komitmen dan kerjasama padu daripada semua pihak termasuk masyarakat, jabatan, agensi kerajaan mahupun swasta untuk bersama-sama menangani masalah denggi.
Melalui pendekatan tema itu, mesej yang ingin disampaikan adalah masyarakat perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk melaksanakan aktiviti pembersihan persekitaran dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk aedes setiap minggu.
"Tema ini juga selari dengan hala tuju KKM dalam pencegahan denggi yang memberikan penekanan kepada peranan komuniti untuk menjalankan aktiviti pemusnahan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes di premis masing-masing secara kendiri," katanya.
Dalam pada itu, Dr Adham juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas komitmen menangani penularan demam denggi dalam negara, dengan harapan usaha ini diteruskan demi memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati tahap kehidupan yang berkualiti dan bebas daripada ancaman demam denggi.
Hari Denggi ASEAN disambut pada 15 Jun setiap tahun di peringkat ASEAN dan kali ini adalah sambutan tahun ke-10 sejak dilancarkan pada 2011, ia adalah sebahagian kempen kesedaran awam bertujuan untuk mewujudkan inisiatif advokasi dalam membanteras demam denggi secara bersepadu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 15 2020

Hari Denggi ASEAN disambut pada 15 Jun setiap tahun di peringkat ASEAN. - Gambar fail

Mahkamah tolak permohonan Zahid Hamidi dapatkan pasport
Selaras peruntukan undang-undang, mahkmah bertindak adil dan saksama kepada semua tertuduh.

Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.

Ringkas SPUTNIK: Janji Putin kepada warga Rusia
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

Donut 10 Sen | Kekalkan harga demi bantu golongan kurang mampu
Peningkatan harga barangan semasa tidak menjadi halangan buat pasangan suami isteri untuk meneruskan perniagaan donut yang dijual pada harga 10 sen sebiji. Menurut Idham Syafiq Darmilus, 35 tahun, dia memilih untuk mengekalkan harga tersebut bagi memastikan golongan kurang berkemampuan dapat merasai hidangan itu terutama ketika peningkatan kos sara hidup masa kini.

Jenayah | Polis tumpas geng curi kereta Wira di Kelantan
Tujuh individu berusia dari 26 hingga 58 tahun yang terbabit dalam kegiatan curi kenderaan, khususnya kereta Proton Wira dan pecah rumah berjaya ditahan dalam Operasi Lejang yang ditubuhkan polis Kelantan. Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata tangkapan itu dilakukan dalam serbuan di Kampung Machang Limbat dan Kampung Berhala Lima, Pasir Tumboh di antara 12.15 tengah malam hingga 4 pagi semalam.

Perikatan Nasional | Rundingan kerusi parti komonen untuk PRN minggu depan
Rundingan agihan kerusi antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri dijangka berlangsung minggu hadapan. Naib Presiden Pas Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata perbincangan berkenaan akan diadakan pada 7 Februari ini di ibu negara.

Sukan SEA Kemboja: Gimnas negara berdepan acara terhad
Ia memadam peluang kem kebangsaan dalam usaha meraih pingat, apatah lagi dengan kehadiran juara dunia daripada Filipina, Carlos Yulo.

Pantau Kerajaan Baharu: Memperkasa Peranan Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Perbincangan mengenai usaha memperkasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia, terutama tindakan tangani syarikat yang culas membayar cukai dan memastikan peraturan percukaian itu dipatuhi peniaga bersama Timbalan Pengarah Kastam, Bahagian Cukai Dalam Negeri, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Ibu Pejabat, Roszita Dim.

'Troopers' Prasarana bantu pergerakan penumpang di stesen LRT raih pujian ramai
Meskipun berlaku penambahan luar biasa penumpang waktu puncak, kehadiran Troopers mampu mengawal keadaan dan melancarkan pergerakan.

Niaga AWANI: Ekonomi | Inflasi reda, ekonomi global kian pulih?
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman dan Ibrahim Sani.

Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.

142,000 telur nyamuk 'Aedes Wolbachia' dilepaskan di Kuantan
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) telah melepaskan 142,000 telur nyamuk 'Aedes Wolbachia' di dua lokaliti di daerah ini sebagai usaha mencegah dan mengawal jangkitan kes demam denggi.

Kes denggi meningkat 150 peratus, kematian 180 peratus pada 2022 - KP Kesihatan
Jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sepanjang 2022 mencatatkan peningkatan sebanyak 150.7 peratus atau 39,737 kepada 66,102 kes berbanding 26,365 pada 2021.

Kes demam denggi meningkat 3.5 peratus minggu lepas
Satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada minggu tersebut berbanding lima pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi meningkat 4.2 peratus minggu lepas
Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan lima kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada minggu tersebut.

Rumah pangsa terkotor di P. Pinang rekod enam kes denggi
Keadaan sebuah rumah pangsa di Taman Teluk Indah, Perai di sini yang menjijikkan sehingga digelar paling kotor di Pulau Pinang, menyebabkan kawasan itu berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes

Kes demam denggi di Ipoh meningkat 191 peratus, 1 kematian dilaporkan
Rumaizi berkata, peningkatan itu adalah sebanyak 319 kes iaitu 191.0 peratus berbanding 167 kes dengan satu kematian pada tempoh sama tahun lalu.

Selangor catat 31,822 kes demam denggi sejak Januari - Pengarah Kesihatan
Berlaku peningkatan kes sebanyak 131.5% melibatkan 18,077 kes berbanding minggu epidemiologi (ME) sama tahun lepas iaitu sebanyak 13,745 kes.

Kes demam denggi naik 1.3 peratus minggu lepas
Dua kematian akibat komplikasi demam denggi turut dilaporkan pada minggu berkenaan.

Kes demam denggi di Sabah meningkat tiga kali ganda
Sebanyak 4,812 kes direkodkan setakat minggu ke-42 tahun ini berbanding hanya 1,336 kes dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.