awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dentuman kuat sebelum tembok penahan runtuh - Saksi tanah runtuh Tanjung Bungah

Bernama
Bernama
25/06/2019
23:38 MYT
Dentuman kuat sebelum tembok penahan runtuh - Saksi tanah runtuh Tanjung Bungah
Pasukan Bomba dan Penyelamat giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang disyaki tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah malam tadi. - Foto BERNAMA
Seorang tukang kebun mendakwa mendengar satu dentuman kuat sebelum melihat sebuah tembok penahan di lereng bukit berdekatan sebuah pusat peranginan di Tanjung Bungah di sini runtuh malam tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang berkata tukang kebun itu, Zulkefli Tinggal, 61, memberitahu polis bahawa tembok berkenaan sedang dibina pekerja warga Myanmar yang hanya dikenalinya dengan nama Ong, bersama-sama tiga lagi rakan senegara Ong.
"Saksi ini paling awal menyedari kejadian dan berada berhampiran tempat kejadian sebelum memaklumkan pemilik resort tentang apa yang berlaku," kata Che Zaimani dalam satu kenyataan menerusi WhatsApp.
Menurut saksi lagi, Ong sudah bekerja di pusat peranginan itu hampir tiga tahun sebagai petugas penyelenggara.
"Saksi juga berkata keempat-empat warga Myanmar itu sudah menjalankan kerja-kerja pembinaan tembok itu sejak seminggu lepas," kata Che Zaimani.
Ketua Polis Daerah Timur Laut itu berkata pemilik pusat peranginan itu memberitahu keempat-empat warga Myanmar itu datang menawarkan diri untuk membina tembok penahan tanah namun hanya mengenali Ong.
"Pemilik semasa ditemu bual menyatakan beliau tidak mengenali tiga pekerja lain kerana mereka dibawa oleh Ong," kata Che Zaimani dan Ong diberi tempoh 20 hari untuk menyiapkan kerja berkenaan.
Susulan tanah runtuh itu yang dilaporkan berlaku 9.25 malam hari Selasa, mayat tiga pekerja asing itu telah ditemui manakala usaha mencari satu lagi mangsa diteruskan setakat 2.45 pagi ini.
Sementara itu, satu mayat tiba di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang pada 2.35 pagi ini untuk dibedah siasat setelah berjaya dikeluarkan dari lokasi kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Che Zaimani Che Awang
#JBPM
#mangsa
#mayat
#Myanmar
#PDRM
#pekerja asing
#polis
#tanah runtuh
#tanah runtuh Tanjung Bungah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan