awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
MARA tidak kompromi, sorok sebarang isu integriti petugasnya - Asyraf Wajdi
Dasar Penyakit Jarang Jumpa perkemas tadbir urus, akses rawatan - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dera amah: Dakwaan ketua polis daerah terlibat tidak benar - Ketua Polis Selangor

Hilmi Malik
Hilmi Malik
08/09/2022
16:25 MYT
Dera amah: Dakwaan ketua polis daerah terlibat tidak benar - Ketua Polis Selangor
Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, dakwaan tersebut merupakan fitnah yang ingin menjatuhkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis menafikan seorang ketua polis daerah terlibat dalam kes penderaan seorang pembantu rumah warga Indonesia di Batu Caves baru-baru ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, dakwaan tersebut merupakan fitnah yang ingin menjatuhkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Orang ramai dan pengamal media dinasihatkan tidak membuat sebarang bentuk spekulasi serta menyebarkan fakta yang tidak tepat berkaitan kes ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis malam.
Mengulas lanjut, Arjunaidi berkata, tertuduh bagi kes tersebut telahpun dituduh di mahkamah.
"Bagi pertuduhan dibawah Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Atipsom 2007), kedua-dua suspek telah dituduh di Mahkamah Sesyen Klang.
"Kedua-dua suspek tidak mengaku salah dan telah membayar wang jaminan yang ditawarkan iaitu RM10,000 setiap seorang.
"Manakala, pertuduhan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan terhadap suspek yang berusia 35 tahun pula telah dituduh di Mahkamah Sesyen Selayang dan tertuduh tidak mengaku salah serta membayar wang jaminan yang ditawarkan iaitu RM8,000," jelasnya lagi.
Dera Amah | Dakwaan Ketua Polis Daerah terlibat tidak benar
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan, mangsa penderaan majikan pasangan suami isteri itu telah menerima rawatan di Hospital Selayang.
Katanya, mangsa kini ditempatkan di Rumah Perlindungan Wanita Khas di ibu kota.
Jumaat lalu, Astro AWANI mendedahkan seorang pembantu rumah melarikan diri dari rumah majikan di Batu Caves setelah tidak tahan dengan penderaan yang dialaminya sejak tiga tahun lalu termasuk disimbah air panas.
Perkara itu turut mendapat perhatian Kedutaan Indonesia yang menuntut keadilan sewajarnya diambil.
Topic Berkaitan
#dera pembantu rumah
#Ketua Polis Daerah
#ocpd terlibat
#Ketua Polis Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan