awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dera anak: Reman bapa kandung, ibu tiri disambung tujuh hari

Sinar Harian
Sinar Harian
19/09/2023
12:34 MYT
Dera anak: Reman bapa kandung, ibu tiri disambung tujuh hari
Terdapat kesan luka pada bahagian badan mangsa yang kemudiannya dibawa ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut. - Gambar hiasan
JEMPOL: Tempoh reman bapa kandung dan ibu tiri bagi kes dera seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dalam kejadian di Bahau, 12 September lalu disambung tujuh hari lagi.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, permohonan sambung reman terhadap pasangan suami isteri berumur 27 dan 31 tahun itu dibuat selepas tempoh reman tujuh hari sebelum ini tamat pada Selasa.
"Kami sedang melengkapkan siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
"Sambungan reman selama tujuh hari itu bermula hari ini sehingga 26 September depan," katanya ringkas ketika dihubungi pada Selasa.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, sepasang suami isteri ditangkap selepas dipercayai mendera kanak-kanak lelaki berusia enam tahun.
Kes dera itu terbongkar selepas mangsa yang merupakan anak sulung daripada empat beradik melarikan diri dari rumahnya setelah tidak tahan diperlakukan sedemikian.
Terdapat kesan luka pada bahagian badan mangsa yang kemudiannya dibawa ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut.
Siasatan awal mendapati mangsa telah didera sejak Mac lalu hingga kini, yang mana mangsa telah dipukul oleh ibu tiri dan bapa kandungnya menggunakan tangan, senduk kayu, selain ditendang dan dirotan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#dera
#tempoh reman
#kes dera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan