Suami kepada pengasuh bayi Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal atau Zara, yang mati secara tragis dipercayai didera secara fizikal dan seksual dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dengan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kajang di sini, pada Rabu kerana memasukkan jari ke dalam kemaluan dan dubur bayi itu.
Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman itu terhadap Hazmi Majid, 36, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan itu terhadap bayi malang berusia 11 bulan itu, awal bulan ini.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh yang bekerja sebagai tukang gunting rambut itu didakwa memasukkan jari ke dalam kemaluan dan dubur bayi perempuan itu di sebuah rumah di Apartment Sri Cempaka, Jalan 6/3, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, dekat sini, antara 10.30 pagi dan 1.30 petang, 7 Nov lalu.
Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebat.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 20 tahun dan enam kali sebatan bagi pertuduhan pertama dan penjara 20 tahun dan enam kali sebatan bagi pertuduhan kedua dan memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak dari tarikh tangkap pada 13 Nov lalu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Noor Hafizan Zakaria memohon hukuman berat ke atas tertuduh dengan mengambil kira kepentingan awam kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius melibatkan mangsa berumur 11 bulan yang tidak berdaya untuk mempertahankan diri sendiri.
"Tertuduh merupakan suami kepada pengasuh mangsa yang sepatutnya turut menjaga mangsa bukannya mengambil kesempatan ke atas mangsa. Kesalahan terhadap bayi dan kanak-kanak juga semakin menular dalam kalangan masyarakat hari ini," katanya.
Bagaimanapun, Hazmi yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan hanya dia sahaja yang bekerja dan perlu menanggung isteri dan tiga orang anak.
Pada 23 Nov lalu, Hazmi didakwa di Mahkamah Majistret Kajang atas pertuduhan membunuh bayi perempuan tersebut di tempat sama.
Sebelum ini, media melaporkan perbuatan tidak berperikemanusiaan dilakukan ke atas Nur Muazara Ulfa yang meninggal dunia selepas dua hari berada dalam keadaan kritikal di Hospital Serdang, Selangor, dipercayai akibat didera secara fizikal dan seksual oleh suami kepada pengasuhnya.
Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut ke atas mangsa mendapati terdapat kesan koyakan pada selaput dara dan duburnya manakala hasil bedah siasat Jabatan Patologi Hospital Serdang mendapati punca kematian mangsa disebabkan 'impak dipercayai objek tumpul terhadap kepala' dengan tempurung kepala mangsa pecah selain kesan lebam pada bahagian atas kiri dan kanan kepala mangsa. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 29 2018
Hazmi ketika di Mahkamah Majistret Kajang pada 19 Nov lalu. - BERNAMA
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
'Al-Fateh tunggu 'mommy' di syurga ya'
Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri yang berusia lapan bulan meninggal dunia ketika berada dalam jagaan pengasuh di sebuah Taska di Alor Gajah.
Polis tahan pengasuh disyaki dera, abai bayi sehingga patah paha
Polis menahan seorang pengasuh wanita disyaki melakukan penderaan dan pengabaian bayi di kediamannya di Bandar Dato' Onn, Isnin lepas.
Cuai jaga bayi: Pengasuh taska didenda RM40,000, khidmat masyarakat
Seorang pengasuh taska didenda RM40,000 dengan bon berkelakuan baik dua tahun dan diperintah menjalani khidmat masyarakat 100 jam selepas mengaku bersalah cuai terhadap dua orang bayi.
Kasari bayi: JKM tutup operasi taska tidak berlesen serta-merta
Selain taska di Mutiara Rini, Skudai, cawangan taska itu di Jalan Abd Samad dan Gelang Patah juga ditutup.
Pengasuh tular dera bayi direman
Mahkamah Majistret Johor Bahru membenarkan reman selama empat hari kepada seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam kes dera dan mengasari dua bayi di sebuah taska.
Polis kesan individu bantu siasatan kes dera bayi di taska
Polis sedang mengesan individu bagi membantu siasatan berhubung kes mendera bayi di sebuah taska di Mutiara Rini.
Ibu kandung ditahan disyaki dera bayi 10 bulan
Polis menahan seorang suri rumah kerana dipercayai mendera anak kandungnya yang berusia 10 bulan sehingga mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan, di sini Khamis lalu.
Wanita, teman lelaki direman bantu siasatan kes bayi lapan bulan mati dipercayai didera
Perintah reman bermula semalam sehingga Isnin depan terhadap wanita bersama teman lelakinya, kedua-duanya berumur 30 tahun bagi membantu siasatan.
Polis siasat pengasuh didakwa dera bayi
Pemeriksaan awal doktor mendapati terdapat kesan kecederaan tisu lembut pada lengan mangsa.
Abai bayi sehingga patah tulang belakang: Pengasuh dipenjara setahun, denda RM10,000
Dia bersalah mengabaikan seorang bayi lelaki berusia 11 bulan sehingga menyebabkan mangsa patah tulang belakang dan lumpuh separuh badan.