Skip to main content

Malaysia

PM Anwar sumbang lembu korban kepada pengamal media Negeri Sembilan

CYBERJAYA, 17 April -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Bomba Cyberjaya hari ini.   --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Pengerusi MANIS Muhd Danial Amsyar Arfi merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri (foto) atas sumbangan berkenaan yang menunjukkan tanda keprihatinan terhadap pengamal media di negeri itu. -Gambar fail/Bernama

SEREMBAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyumbangkan seekor lembu kepada pengamal media Negeri Sembilan bagi menjayakan ibadah korban bersempena dengan Aidiladha tahun ini.

Sumbangan itu sekali gus memberikan peluang kepada pengamal media di negeri ini menyertai program korban buat julung-julung kalinya yang dianjurkan Kelab Media Negeri Sembilan (MANIS) dengan kerjasama Masjid Kariah Taman Bandar Senawang, di sini.

Pengerusi MANIS Muhd Danial Amsyar Arfi merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas sumbangan berkenaan yang menunjukkan tanda keprihatinan terhadap pengamal media di negeri itu.

"Program korban ini turut menjadi platform untuk mendekatkan pengamal media dengan masyarakat menerusi aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan. Sebahagian daging akan diagihkan kepada golongan memerlukan dan sebahagian lagi kepada ahli MANIS.

"MANIS berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial dan membantu mereka yang kurang berkemampuan, sekali gus memperkukuh hubungan antara media dengan komuniti,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Kariah Taman Bandar Senawang Hosnan Selamat berkata sebanyak 15 ekor lembu termasuk daripada MANIS dikorbankan di masjid berkenaan pada Aidiladha kali ini.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement