NATIONAL
Kanak-kanak lemas dalam tong: Dua anak suspek masih ditempatkan di Hospital Melaka

Semalam, jenazah abang mereka selamat disemadikan kira-kira jam 12.40 tengah hari di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Jasin berhampiran kediaman keluarga ibu kandungnya. - Gambar fail
MELAKA:Dua adik kepada kanak-kanak berusia tujuh tahun yang didakwa lemas dalam tong dan dipercayai didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya dalam kejadian di Taman Krubong Jaya, di sini petang Jumaat masih ditempatkan sementara di Hospital Melaka.
Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Latipah Omar, berkata pemeriksaan kesihatan lengkap perlu dijalankan sebelum mereka dibawa ke mahkamah bagi Jabatan Kebajikan Masyatakat (JKM) mendapatkan hak penjagaan sementara.
“Setakat ini, JKM belum boleh mendapatkan hak penjagaan sementara memandangkan beberapa proses pemeriksaan kesihatan terhadap kanak-kanak berusia dua dan empat tahun itu sedang dilakukan.
“Apabila pemeriksaan kesihatan di Hospital Melaka semuanya selesai, JKM negeri akan bawa mereka ke mahkamah untuk membolehkan tuntutan hak penjagaan sementara dikeluarkan sebelum menghantar mereka ke Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.
BACA:
Permohonan itu bagi memastikan kanak-kanak itu tidak terabai dari segi susu, pakaian dan penjagaan diri selain mengambil kira faktor usia nenek mereka yang sudah uzur.
Semalam, jenazah abang mereka selamat disemadikan kira-kira jam 12.40 tengah hari di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Jasin berhampiran kediaman keluarga ibu kandungnya.
Jenazah yang dituntut oleh waris keluarga ibu kandung di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka telah di bawa ke Madrasah As Syakirin untuk dimandikan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan itu.
Pasangan ibu bapa mereka sebelum ini direman tujuh hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami