Akar Cerita, Gandarusa, Jarum Tujuh Bilah, Kucing Galak, Mahkota Dewa, Sambung Nyawa dan Derhaka Mertua.
Unik bukan nama-nama tersebut? Itu antara pokok herba yang terdapat di negara ini, sama ada ditanam secara komersial atau tumbuh meliar di hutan.
Lebih menarik apabila setiap satu pokok herba tersebut mempunyai 1,001 manfaat kepada tubuh badan manusia.
Bagaimanapun, diingatkan herba bukan seperti ubat yang dibekalkan oleh hospital sebaliknya hanya berperanan sebagai rawatan alternatif atau digunakan dalam menu makanan seperti ulam-ulaman.
Berikut kebaikan lima herba di atas untuk pengetahuan umum:
Derhaka mertua (Plumbago indica)
Herba ini turut dikenali sebagai Ceraka Kampung yang tumbuh secara renek dan menjalar.
Berdasarkan kajian makmal, pokok ini mengandungi bahan aktif seperti plumbagin dan glukosid sitosterol.
Khasiatnya pula boleh merawat sembelit, kudis buta dan melancarkan peredaran haid.
Kucing Galak (Acalypha indica)
Herba ini difahamkan berasal dari India dan sering digunakan dalam perubatan homeopati.
Uniknya nama herba ini kerana aromanya yang tersendiri sering menjadi kegemaran kucing.
Kebiasaannya, herba ini digunakan secara tradisional bagi merawat masalah berkaitan pernafasan kerana mempunyai bahan aktif sejenis sianogenetik glikosida dan asid hidrosianik.
Akar Cerita (Andrographis paniculata)
Nama lain yang sinonim dengan herba ini adalah hempedu bumi dan sering tumbuh di tanah gambut.
Akar cerita yang berasal dari India ini boleh dibiakkan menggunakan biji benih atau keratan batang.
Khasiat herba ini terdapat pada bahagian daunnya yang dipercayai berkesan menurunkan kadar gula dalam darah.
Mahkota Dewa (Phaleria Macrocarpa)
Herba yang berasal dari Jawa Tengah dan Yogyakarta ini turut dikenali sebagai Mahkota Raja atau Mahkota Ratu.
Disebabkan fizikalnya yang cantik, herba ini sering digunakan sebagai tanaman hiasan.
Kepercayaan tradisi menyatakan herba ini musuh kebanyakan penyakit seperti anti barah dan mampu menangani masalah selsema, tekanan darah tidak stabil dan kencing manis.
Gandarusa (Justicia gendarussa Linn)
Di Malaysia, terdapat dua jenis gandarusa yang biasa ditemui iaitu batang berwarna coklat kehitaman dan berwarna hijau.
Herba yang dipercayai berasal dari China ini difahamkan boleh digunakan untuk merawat bisa sendi, demam dan lelah.
Susulan daripada kandungan bahan antiperiodik, karminatif, diuretik dan laksatif.
Asyraf Roslan, Farhana Joni
Sun Jul 19 2020
Setiap satu pokok herba ini mempunyai 1,001 manfaat kepada tubuh badan manusia.
Bedah siasat jenazah pendaki rakyat Malaysia dijangka hari ini
Jenazah pendaki Zulkifli Yusuf yang kini berada di sebuah hospital Anchorage, Alaska dijadual akan menjalani proses bedah siasat pada hari ini.
Juruterbang maut nahas 2 pesawat ketika sambutan ulang tahun Tentera Udara
Nahas udara melibatkan dua pesawat kecil di sebuah pertunjukan udara di Portugal pada Ahad mengorbankan seorang juruterbang dan mencederakan seorang lagi.
Tiga sekeluarga dihanyut kepala air sempat berpaut pada pelampung
Siti Alia Aisha Mohd Afandi, 30, berkata, kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu berlaku dalam tempoh yang singkat.
Polis tak tutup kes pecah masuk rumah Kieda Crepe
Polis masih mengesan suspek yang memecah masuk dan melarikan barang kemas dari kediaman pempengaruh Siti Nur Khalieda Yusra atau Kieda Crepe di sini pada 25 April.
Filem The Experts catat Kutipan RM10 juta
Filem aksi heist nombor satu pilihan ramai ketika ini, The Experts terus mencipta kejayaan apabila berjaya meraih kutipan RM10juta.
China lanjutkan pengecualian visa, Malaysia perlu manfaatkan sepenuhnya pelancongan
Menurut Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pelancongan Malaysia (MTF), Malaysia harus memastikan keseluruhan ekosistem pelancongan mendapat manfaat, termasuk perkhidmatan pengangkutan, hotel, pemandu pelancong, pusat membeli-belah dan pelbagai lagi.
Marriot perhentian mula beroperasi
Perhentian Marriott Resort & Spa features 200 exquisite deluxe rooms and 17 luxurious villas. Sultan of Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin officiated the grand opening, the largest of its kind in the region.
Kriteria calon pilihan PH, analisis kemenangan PN pada PRN lepas dan mampukah Sg Bakap dirampas PH?
Apa strategi paling berkesan untuk buat calon yang bakal dipertaruhkan oleh PH untuk merampas kerusi DUN Sungai Bakap, dan apa pula kelebihan PN untuk mempertahankan kerusi tersebut?
Tinju: Wilder tumbang di tangan Zhang dengan pukulan KO
Petinju China Zhilei Zhang menumbangkan Deontay Wilder dalam aksi tinju heavyweight dunia.
SPR bakal mesyuarat tetap tarikh pada 6 Jun
SPR akan mengadakan satu mesyuarat khas pada 6 Jun ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting pelaksanaan PRK DUN Sungai Bakap.
Derhaka Mertua, Kucing Galak? Apa itu?
Akar Cerita, Gandarusa, Jarum Tujuh Bilah, Kucing Galak, Mahkota Dewa, Sambung Nyawa dan Derhaka Mertua.