SEAWAL jam 7 pagi, Undang Kurim akan mengumpul botol dan bekas kosong untuk dibawa ke sebuah perigi di Kampung Mapan-Mapan, Pitas.
Mungkin jarak 600 meter suatu rutin yang terjangkau kemampuan orang lain, tapi baginya yang sudah menginjak usia 68 tahun, kelaziman harian itu menuntut keperihan atas sisa tenaganya.
Mujur ibu tunggal itu tidak keseorangan. Dia ditemani anak-anaknya untuk menimba air dari perigi tersebut untuk kegunaan harian. Namun jika kegunaan air melebihi kuantiti biasa, berulang jugalah mereka ke perigi itu.
Rutin harian tersebut bukan hanya perlu digagahi Undang malah dilakukan 231 penduduk kampung berkenaan yang bergantung harap pada telaga tunggal itu.
Akui Undang, sejak dirinya kanak-kanak hingga kini dikategorikan sebagai warga emas, malah kemerdekaan Sabah sudah memasuki tahun ke-57, derita itu terus menghimpit mereka.
Ketika banyak masyarakat di daerah dan negeri lain di seluruh negara sudah mengecap nikmat pembangunan serta angan-angan gaya hidup masa depan, mereka di kampung itu masih dipegun waktu dan terperangkap dalam dimensi masa lampau.
"Kalau hujan turun memang satu rahmat buat saya dan penduduk kampung. Kami dapat menadah air hujan untuk kegunaan harian seperti memasak, membasuh pakaian, mengambil wuduk dan bermacam-macam lagi.
"Tetapi jika tidak hujan... terpaksa kami beramai-ramai ke perigi ini untuk mengambil air. Siapa ada kereta sorong senang sedikit menyorong botol dan gelen (bekas) dipenuhi air," katanya ketika ditemui Astro AWANI baru-baru ini.
Sakit pinggang dan lenguh lengan serta kaki umpama asam garam buatnya dan penduduk kampung tersebut.
Kata orang, alah bisa tegal biasa. Namun dalam situasi seperti itu, perumpamaan itu seperti tidak adil untuk mereka. Ia ibarat suatu ‘pencabulan’ hasrat hidup.
"Tua-tua begini memanglah sakit pinggang kalau mengangkut air ini. Tetapi kalau sakit pinggang saya akan rehat sekejap, kalau sudah reda sakit, akan sambung balik. Mesti juga sambut air di perigi ini walaupun sakit sebab ia untuk kegunaan harian," rintihnya.
Selain itu, bagi pemilik gerai makan di kampung tersebut, Norhaini Mat Nur, 41, kepayahan ketiadaan sistem bekalan air bersih di kampungnya menyukarkan rutin harian.
Setiap pagi, katanya, suaminya akan mula mengangkut air dari perigi manakala dia mempersiapkan kelengkapan untuk berjualan.
"Kalau mahu guna air kena berjimat cermat... perlu pandai catu air yang diangkat dari perigi atau air hujan. Saya akan mengasingkannya untuk mencuci pinggan dan untuk kegunaan memasak.
"Bukan itu sahaja, air di perigi ini kadang-kadang berwarna merah atau kekuningan, apabila membasuh baju sekolah akan meninggalkan kesan. Kadangkala rasa air perigi itu juga masin seperti air laut," katanya.
Sementara itu, Ketua Kampung Mapan-Mapan, Osman Suhor yang baru mengambil alih tanggungjawab tersebut berharap Kerajaan Persekutuan dan negeri meninjau derita yang penduduk kampung itu hadapi sejak puluhan tahun.
"Harapan saya kepada mana-mana parti sama ada Kerajaan Persekutuan dan negeri untuk datang ke kampung kami ini untuk sama-sama mengatasi masalah kampung ini," katanya.
Kampung Mapan-Mapan termasuk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bengkoka yang merupakan DUN baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini. DUN Bengkoka juga menyaksikan pertembungan 11 penjuru dan merekodkan sejarah sepanjang pilihan raya.
Assim Hassan
Fri Sep 18 2020
Salah seorang penduduk kampung yang mengisi air ke dalam bekas yang dibawanya. - Astro AWANI
Kualiti udara di Delhi, Mumbai terus memburuk
Kualiti udaTahap kualiti udara di bandar-bandar besar seperti New Delhi dan Mumbai terus memburuk pada Ahad berikutan penggunaan bunga api semasa perayaan Diwali di negara itu.
Media tempatan melaporkan, pencemaran udara masih belum menunjukkan sebarang tanda bahawa ia akan reda dalam masa terdekat.
ra di Delhi, Mumbai terus memburuk
Media tempatan melaporkan, pencemaran udara masih belum menunjukkan sebarang tanda bahawa ia akan reda dalam masa terdekat.
ra di Delhi, Mumbai terus memburuk
Protes banjir di Valencia ketika lawatan Raja Sepanyol
Ratusan penduduk di pinggir bandar Valencia yang dilanda banjir minggu lalu mengadakan protes semasa lawatan Raja Sepanyol Felipe, Ratu Letizia, dan Perdana Menteri Pedro Sanchez pada Ahad.
Sebilangan penunjuk perasaan melemparkan lumpur ke arah mereka sambil melaungkan kemarahan terhadap kelewatan amaran dan respons kecemasan ketika banjir berlaku.
Sebilangan penunjuk perasaan melemparkan lumpur ke arah mereka sambil melaungkan kemarahan terhadap kelewatan amaran dan respons kecemasan ketika banjir berlaku.
“Saya memahami kemarahan, kekecewaan rakyat” - Raja Felipe VI
Raja Sepanyol faham mengapa mangsa banjir di Paiporta kecewa dan marah sehingga mencemuh serta melemparkan lumpur ke arah baginda.
Sepanyol lancar operasi pemulihan bencana terbesar
Perdana Menteri, Pedro Sanchez berkata, kerajaan Sepanyol telah menghantar 5,000 lagi tentera untuk membantu pencarian dan pembersihan selain 2,500 askar yang sudah dikerah di mana banjir kilat terburuk dalam sejarah moden Sepanyol kini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 214 orang sementara berpuluh-puluh lagi masih tidak dapat dikesan.
Bendera AS, Israel dibakar di Iran
Rakyat Iran berhimpun di Tehran pada Ahad bagi memperingati ulang tahun ke-45 rampasan kedutaan AS, di tengah-tengah ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat susulan peperangan di Asia Barat.
Peserta himpunan kelihatan bersorak selain turut membakar bendera Amerika Syarikat dan Israel di jalanan.
Peserta himpunan kelihatan bersorak selain turut membakar bendera Amerika Syarikat dan Israel di jalanan.
Enam rakyat Malaysia termasuk penyanyi wanita positif dadah
Enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi wanita dari Kelantan yang ditahan polis Thailand semalam bersama 6,000 biji pil kuda didapati positif dadah jenis methamphetamine.
Polis tahan lima penyokong NSFC, JDT
Polis menahan lima lelaki yang disyaki terlibat dalam insiden kekecohan antara penyokong Negeri Sembilan FC (NSFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas perlawanan Liga Super membabitkan kedua-dua pasukan, Jumaat lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Superintenden Mohd Rosli Ishak berkata tiga suspek berusia lingkungan 17 hingga 21 tahun ditahan ketika kejadian di depan sebuah hotel berdekatan Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi manakala dua lagi, yang berusia 18 dan 20 tahun, ditahan pada Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Superintenden Mohd Rosli Ishak berkata tiga suspek berusia lingkungan 17 hingga 21 tahun ditahan ketika kejadian di depan sebuah hotel berdekatan Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi manakala dua lagi, yang berusia 18 dan 20 tahun, ditahan pada Sabtu.
Thailand hantar surat bantahan ke Israel
Kerajaan Thailand menghantar surat bantahan rasmi kepada Israel, meminta agar warganya yang bekerja di sana tidak lagi dihantar ke kawasan berisiko tinggi.
Menurut media tempatan, tindakan itu dilakukan selepas serangan roket baru-baru berhampiran bandar Metula di sempadan Lubnan Israel yang meragut nyawa empat pekerja Thailand dan mencederakan seorang lagi.
Menurut media tempatan, tindakan itu dilakukan selepas serangan roket baru-baru berhampiran bandar Metula di sempadan Lubnan Israel yang meragut nyawa empat pekerja Thailand dan mencederakan seorang lagi.
Israel siasat kebocoran dokumen rahsia Gaza
Pihak berkuasa Israel kini menyiasat kebocoran dokumen rahsia berkaitan Gaza yang disyaki melibatkan seorang pembantu kepada Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.
Kes ini mencetuskan kejutan dalam politik Israel dan kemarahan keluarga tebusan yang ditahan Hamas, yang sejak sekian lama mendesak pembebasan orang tersayang.
Kes ini mencetuskan kejutan dalam politik Israel dan kemarahan keluarga tebusan yang ditahan Hamas, yang sejak sekian lama mendesak pembebasan orang tersayang.
Raja Sepanyol dicemuh, dilempar lumpur dan telur oleh mangsa banjir
Penduduk tuduh Raja Felipe VI telah membunuh 200 orang dan persoal kenapa baginda hanya turun padang selepas empat hari banjir buruk berlaku.
PRN Sabah: Pengundi teruja buang undi walaupun berdepan COVID-19
Pengundi hendaklah ingat perlu pakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal dan sentiasa memastikan tangan kita bersih.
Sabah negeri kaya, tetapi rakyat antara termiskin. Di mana silapnya?
Sabah penyumbang kelima terbesar KDNK, tetapi mencatatkan kadar pengangguran tertinggi, serta pertumbuhan gaji median bulanan antara terendah.
PRN Sabah: Saya mahu terus bantu mereka kerana saya sayang orang Kota Belud
Menjalankan perniagaan gajet dan telefon bimbit merupakan cita-cita buat seorang anak muda dari Kota Belud ini.
Derita sekampung satu perigi, penduduk tagih perubahan yang belum pasti
Lebih 200 penduduk kampung mengharapkan bekalan air dari sebuah perigi, yang belum tentu tahap kebersihannya.
PRN Sabah: Bilis kampung Limau-Limauan 'laku keras' hingga ke Sarawak, Brunei
Komuniti Maritim di Kampung Limau-Limauan cukup terkenal dengan produk ikan bilis hingga mendapat permintaan dari Sarawak dan Brunei Darussalam.
PRN Sabah: Ketepi politik, Hari Malaysia disambut meriah penduduk Kampung Sim-Sim
Mereka juga turut bekerjasama menghias pondok jambatan sempena Pertandingan Menghias Pondok Jambatan Kampung Sim-Sim.
PRN Sabah: 80 peratus pentingkan isu alam sekitar - Tinjauan WWF Malaysia
Tinjauan melibatkan seramai 1,239 responden daripada pelbagai kumpulan usia dan latar belakang menerusi menerusi media digital dan khidmat pesanan ringkas (SMS).