awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Negara lulus Usul Junjung Kasih Titah Diraja

Bernama
Bernama
28/03/2022
12:22 MYT
Dewan Negara lulus Usul Junjung Kasih Titah Diraja
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim pada Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini meluluskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong ketika merasmikan pembukaan Penggal Kelima Parlimen ke-14 pada 28 Feb lepas.
Usul itu disetujukan selepas menyaksikan lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju setelah ia dibahaskan selama tiga hari mulai 21 Mac, disusuli penggulungan 26 kementerian terlibat selama dua hari.
Antara isu yang dibangkitkan pada sesi perbahasan adalah berkaitan status Akta Anti Lompat Parti, pengiktirafan peranan wanita dalam urusan pentadbiran negara, meminda akta berkenaan perbuatan memalukan fizikal seseorang terutama golongan Orang Kurang Upaya dan isu tuntutan terhadap Sabah.
Persidangan hari ini menyaksikan 18 kementerian menggulung perbahasan termasuk lima di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Mengikut takwim Dewan Negara, persidangan esok akan diteruskan dengan pembentangan Rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain dan disusuli sesi perbahasan.
Persidangan Dewan Negara bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#Usul Junjung Kasih Titah Diraja
#Yang di-Pertuan Agong
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan