Dewan Negara luluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026

RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju oleh Ahli Dewan Negara selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan setelah melalui tujuh hari tempoh perbahasan dan penggulungan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.
Ringkasan AI
- Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 dengan majoriti suara setuju, menekankan keseimbangan pembangunan ekonomi dan sosial untuk membangun Malaysia yang lebih makmur, inklusif, dan berdaya tahan.
- Belanjawan 2026, bawah Kerajaan MADANI, menitikberatkan kepentingan rakyat dengan matlamat meningkatkan kesejahteraan hidup, memperkukuh ekonomi negara, dan mengekalkan pengurusan kewangan negara yang mampan.
- Belanjawan tersebut menggariskan perbelanjaan awam sebanyak RM470 bilion, termasuk perbelanjaan mengurus (RM338.2 bilion) dan pembangunan (RM81 bilion), serta merangkumi pelaburan syarikat berkaitan kerajaan, kerjasama awam-swasta, dan badan berkanun Persekutuan.
"Belanjawan 2026 menekankan kepentingan rakyat dengan matlamat meningkatkan darjat dan kesejahteraan hidup, memperkukuh ekonomi negara, di samping memastikan pengurusan kewangan negara kekal mampan," katanya.
Belanjawan 2026 merupakan belanjawan keempat di bawah Kerajaan MADANI dan yang pertama dilaksanakan di bawah kerangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
Bertemakan "Belanjawan Rakyat", ia memperuntukkan perbelanjaan awam sebanyak RM470 bilion, termasuk RM338.2 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM81 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.
Ia turut merangkumi pelaburan syarikat berkaitan kerajaan (RM30 bilion), kerjasama awam-swasta (RM10 bilion) serta badan berkanun Persekutuan dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (RM10.8 bilion).
-- BERNAMA
Kalkulator Belanjawan 2026 - Ketahui Apa Manfaat Anda di sini!


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

