awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat: Banjir buruk di Selangor, Pahang bukan pertama kali berlaku - Che Alias

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
09/03/2022
11:35 MYT
Dewan Rakyat: Banjir buruk di Selangor, Pahang bukan pertama kali berlaku - Che Alias
Tegas Che Alias sudah tiba masanya kerajaan mencari langkah terbaik dalam menangani isu tersebut. - Foto Facebook Che Alias Hamid
KUALA LUMPUR: Banjir yang membawa aliran puing di Selangor dan Pahang pada tahun lepas bukanlah pertama kali berlaku di Malaysia.
Che Alias Hamid (Pas - Kemaman) ketika berbahas di Dewan Rakyat pada Rabu berkata, kejadian seumpama itu pernah berlaku di jalan susur Genting Sempah, Pahang pada 1995 dan perkampungan Orang Asli Dipang, Perak pada 1996.
Bahkan, katanya, bencana sama juga pernah berlaku di Gunung Jerai pada Ogos tahun lepas.
Tegas beliau, semua bencana itu mengorbankan nyawa dan merosakkan harta benda dan beliau berpendapat sudah tiba masanya kerajaan mencari langkah terbaik dalam menangani isu tersebut.
“Apa yang ingin saya tekankan di sini, sudah tiba masanya kerajaan melaksanakan paradigma baharu dalam menguruskan bencana alam terutama banjir puing.
“Walaupun fenomena bencana ini semula jadi namun setidaknya mitigasi dan adaptasi dalam mengurangkan risiko kemusnahan aliran puing dapat diminimumkan.
“Sebagai contoh, saya cadangkan kerajaan supaya kenal pasti kawasan dan negeri-negeri yang mempunyai risiko tinggi akan berlaku aliran puing kalau ada hujan lebat dalam tempoh melebihi tiga hari,” katanya.
Tambah beliau, bencana seperti itu lumrah di Jepun dan Indonesia.
“Tapi mereka lakukan banyak mitigasi di sungai berisiko tinggi. Kita perlu ambil pengajaran daripada dua negara ini,” ujarnya lagi
Topic Berkaitan
#banjir
#Dewan Rakyat
#Pahang
#Selangor
#aliran puing
#Che Alias Hamid
#Ahli Parlimen Kemaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan