awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Filipina tandatangani belanjawan negara 2026 berjumlah AS$115 bilion
RUU tempoh jawatan tidak libatkan Ketua Menteri dan Menteri Besar - Azalina
Bayaran balik lebihan cukai taksiran 2023, 2024 diselesaikan tahun ini - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat kecoh gara-gara 'mamba', 'mambang'

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
06/08/2025
06:10 MYT
Dewan Rakyat kecoh gara-gara 'mamba', 'mambang'
Kekecohan tercetus apabila Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membantah kenyataan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang mengunakan perkataan "mamba" bagi merujuk status enam bekas Ahli Parlimen BERSATU. -Foto tangkap layar Parlimen
KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat hari ini mencuri tumpuan apabila berlaku pertikaman lidah di antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang berikutan penggunaan perkataan "mamba" dan "mambang" yang dianggap tidak sopan dan berunsur sindiran.

Ringkasan AI
  • Sidang Dewan Rakyat menjadi tegang apabila berlaku pertikaman lidah antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang berikutan penggunaan istilah "mamba" dan "mambang" yang dianggap tidak sopan dan berunsur sindiran.
  • Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, membuat keputusan agar istilah tersebut tidak digunakan lagi kerana maksudnya tidak jelas dan boleh menimbulkan kekeliruan serta ketegangan.
  • Kekecohan berlanjutan apabila perbahasan menyentuh sensitiviti agama dan parti politik, memaksa Speaker campur tangan untuk menutup isu dan menyeru penggunaan bahasa yang lebih standard dalam dewan.

Kekecohan tercetus apabila Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membantah kenyataan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang menggunakan perkataan "mamba" bagi merujuk status enam bekas Ahli Parlimen BERSATU.
"Saya nak rujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Hulu Terengganu tadi yang merujuk kepada enam Ahli Parlimen itu sebagai mamba. Halus atau tak keras, itu perkataan yang kurang sopan,” tegas Rayer.
Teguran itu disambut sinis oleh Rosol yang mempertikaikan kepekaan Jelutong terhadap istilah tersebut.
Situasi semakin tegang apabila Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin bangkit menggunakan Peraturan Mesyuarat 36(4), memohon supaya perkataan "mamba" ditarik balik kerana ia berunsur sindiran dan tidak wajar digunakan dalam dewan.
Dalam usaha meredakan suasana, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul membuat keputusan dan meminta Ahli Parlimen tidak menggunakan istilah yang tidak difahami atau berunsur sindiran.
“Saya nak buat ruling. Pertama, saya tak faham 'menatang' apa mamba itu. Kedua, saya tak tahu keras ke tak keras.
"Jadi saya anggap itu bukan 'unparliamentary' selagi saya tak faham. Tapi tolong jangan guna lagi perkataan itu,” ujar beliau.
Bagaimanapun, Rayer sekali lagi bangkit dan memberi maksud istilah 'mambang', selain mengaitkan tindakan tersebut dengan parti Pas sehingga menimbulkan reaksi daripada Ahli Parlimen Kota Bharu, Tan Sri Takiyuddin Hassan.
Rayer: Kalau kita rujuk semula kenyataan Kota Bharu (Takiyuddin), ini bahasa Melayu. Kalau 'mambang' itu merujuk kepada makhluk halus seperti hantu atau roh.
"Adakah Kota Bharu nak terima kalau saya kata dia ini mambang? Ini bukan perkara untuk sindiran. Tiada boleh dijadikan sebagai bahan jenaka. Ini standard Pas?
Takiyuddin: Jangan menghina Pas.. Jelutong menghina Islam. You menghina Islam.
Zhemin: Apa kaitan menghina Islam? Kamu guna perkataan 'unparliamentary'... nak tuduh hina Islam. Apa kaitan hina Islam? Pas yang kata mambang. Apa kaitan menghina Islam? Tak ada kaitan langsung...
Takiyuddin: Rupanya kamu memang anti Islam...
Situasi tersebut menyebabkan Johari sekali lagi terpaksa membuat 'ruling' bagi meredakan suasana.
"Untuk makluman semua termasuk Jelutong… kami kalau sebut mambang itu, 'girlfriend'.
"Mungkin di Terengganu istilah mambang lain, di Kelantan lain, di Kedah lain. Jadi, jangan guna lagi perkataan itu. Guna perkataan standard.
"Saya buat keputusan kes ditutup," kata Johari.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Istilah mamba
#Rosol Wahid
#RSN Rayer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan