Skip to main content

Dunia

Empat maut, 17 cedera dalam letupan lori tangki di lebuh raya Chile

A drone view shows firefighters working at the site of a deadly explosion, according to local media, in Santiago, Chile, February 19, 2026. REUTERS/Pablo Sanhueza
Impak letupan dirasai sejauh 150 hingga 200 meter, sementara sebahagian mangsa mengalami lecur serius antara 50 hingga 100 peratus. -Foto Reuters

SANTIAGO: Sekurang-kurangnya empat individu maut manakala 17 lagi cedera selepas sebuah lori tangki yang membawa gas cecair terbalik dan meletup di lebuh raya utama dalam komun Renca, Santiago pada Sabtu.

Letupan kuat itu turut merosakkan lebih 50 kenderaan di sekitar lokasi.

Advertisement

Menurut pihak berkuasa, pemandu lori tangki berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum kenderaan dipandunya terbalik dan meletup.

Impak letupan dirasai sejauh 150 hingga 200 meter, sementara sebahagian mangsa mengalami lecur serius antara 50 hingga 100 peratus.

Pemandu lori turut disahkan antara mangsa yang terkorban.

Rakaman tular di media sosial memaparkan kepulan asap tebal dan serpihan kenderaan memenuhi kawasan lebuh raya, menyukarkan operasi menyelamat pada peringkat awal.

Pasukan bomba dan polis menjalankan operasi besar-besaran bagi mengawal api serta menutup laluan trafik berikutan risiko letupan susulan.

Pihak pendakwa raya telah memulakan siasatan bagi menentukan punca sebenar kejadian, termasuk kemungkinan kegagalan mekanikal atau masalah pada muatan gas.

Must Watch Video