KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad pada pertengahan tahun ini supaya umat Islam tidak menghadiri Festival Kebudayaan Jepun, Bon Odori tidak ada salahnya.
Malah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal lagi, beliau bersetuju bahawa Bon Odori bukan bersifat indigenous, atau satu budaya yang berasal dari negara ini.
Namun, Wan Ahmad Fayhsal berkata, tiada sebarang peruntukan undang-undang digunakan bagi maksud untuk menghalang penganjuran festival tersebut, termasuk pesta Oktoberfest.
"Soalan itu sewajarnya ditujukan kepada Senator Menteri Agama. Tapi saya jawab sebagai seorang Muslim, dan saya melihat dalam Rukun Negara ada satu fasa - Kesopanan dan Kesusilaan. Sebarang perbezaan dari segi kefahaman budaya dan agama, contoh Bon Odori, bukan indigenous atau budaya masyarakat kita.
“Walaupun ada pendapat berbeza, dan Menteri ada pandangan, kita perlu hormat pandangan masing masing. Cuma kita tidak guna undang-undang dari segi kebebasan, terhadap mana-mana pihak untuk mengamalkan budaya mereka,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng pada Rabu, yang mahu mengetahui impak kenyataan Idris terhadap Agenda Perpaduan Nasional Negara.
Pada Jun lepas, Idris menasihati Umat Islam untuk tidak menghadiri sebarang penganjuran festival Bon Odori, kerana ia mengandungi unsur pemujaan.
Aktiviti itu dikatakan tradisi masyarakat Jepun beragama Buddha, yang bersifat memuja nenek moyang yang sudah meninggal dunia, dan dalam masa sama mendoakan mereka tidak menderita selepas mati.
Susulan kenyataan Idris, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menitahkan pesta itu wajar diteruskan dan agar Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak menyekat festival itu.
Selain itu Idris juga menggesa agar tidak diteruskan penganjuran Oktoberfest, kerana dikhuatiri mengganggu keharmonian dan keselamatan masyarakat.
Beliau dilaporkan sebagai berkata, golongan bukan Muslim sememangnya tidak dilarang mengambil alkohol, tetapi ia mampu meningkatkan masalah sosial.
Firdaus Azil
Wed Aug 03 2022
Wan Ahmad Fayhsal berkata, tiada sebarang peruntukan undang-undang digunakan bagi maksud untuk menghalang penganjuran festival tersebut, termasuk Oktoberfest. - JAPEN
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Dewan Rakyat: Kenyataan Idris tentang Bon Odori, Oktoberfest wajar dihormati - Wan Ahmad Fayhsal
Pada Jun lepas, Idris menasihati Umat Islam untuk tidak menghadiri sebarang penganjuran festival Bon Odori, kerana ia mengandungi unsur pemujaan.
Beberapa jalan di Padang Kota ditutup esok
Beberapa jalan di kawasan Padang Kota akan ditutup sepenuhnya kepada lalu lintas berikutan penganjuran sambutan Festival Bon Odori 2022 peringkat Pulau Pinang, esok.
Bon Odori galakkan persahabatan antara Malaysia dan Jepun - Duta Takahashi
Festival Bon Odori ke-46 yang diadakan hari ini adalah bukti hubungan dua hala yang mesra yang dinikmati oleh kedua-dua negara.
Bon Odori: Kenyataan Roslan Shahrir jauh tersasar - Mohamad Munir
Kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahrir mengenai perayaan Bon Odori disifatkan sebagai tidak tepat.
Pesuruhjaya Pas Selangor hanya dengar titah Sultan Sharafuddin
Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Ahmad Yunus Hairi hari ini mengesahkan beliau dititah mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hanya untuk mendengar titah baginda.
Bon Odori: Sisters In Islam bidas kenyataan Menteri, Mufti dan Pas
Kenyataan sebegitu seakan terus menggalakkan sikap tidak bertoeransi dalam masyarakat majmuk dan pelbagai budaya di Malaysia.
Syed Saddiq anggap Pas hipokrit kerana benarkan Bon Odori di Kelantan
Presiden Muda itu berkata, sikap Kerajaan Pas di Kelantan yang membenar penganjuran festival tersebut di negeri itu, sebagai hipokrit.
Bon Odori: Mufti Perlis beri dua cadangan kepada penganjur
Isi sambutan festival itu tidak bersifat keagamaan dengan tidak memasukkan unsur khurafat atau syirik dan tiada ritual yang mewakili kepercayaan tertentu.
Bon Odori: Alasan kebudayaan Jepun tidak cukup merit - Dewan Ulamak Pas Pusat
Prinsip ini selaras dengan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh para mufti, pengkaji agama serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Sultan Selangor titah menteri hadir Festival Bon Odori, fahami beza agama, budaya
Baginda juga tidak mahu Idris menggunakan platform Jakim untuk membuat kenyataan mengelirukan dan tidak tepat.