awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis bongkar makmal proses syabu dalam kebun durian, 1.2 tan dadah dirampas
Proses daftar masuk, kenaikan penumpang kembali normal - MAHB
Firefox bakal hadir dengan ciri mematikan fungsi AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat: Kerajaan sedia bawa pulang Jho Low - Hishammuddin

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
26/11/2020
06:38 MYT
Dewan Rakyat: Kerajaan sedia bawa pulang Jho Low - Hishammuddin
Hishammuddin berkata, tiada sebab untuk pihaknya tidak membantu membawa pulang individu terbabit supaya dapat dihadapkan ke muka pengadilan. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Kementerian Luar sedia membantu membawa pulang Low Teak Jho atau Jho Low jika Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengetahui lokasi sebenar di mana ahli perniagaan dalam buruan itu berada.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tiada sebab untuk pihaknya tidak membantu membawa pulang individu terbabit supaya dapat dihadapkan ke muka pengadilan.
"Mengenai Jho Low, kita tidak tahu sama ada benar dia ada di China. Jika PDRM memaklumkan kepada Wisma Putra kedudukan sebenar dan di mana dia berada, tidak ada sebab Wisma Putra tidak boleh membantu.
"Wisma Putra sedia membantu untuk membawa dia pulang menghadap pengadilan," katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat pada Khamis.
Terdahulu Hishammudin menjawab celahan RSN Rayer (PH-Jelutong) sama ada Wisma Putra boleh membantu mengesan dan membawa pulang ahli perniagaan itu bagi membantu siasatan kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sebelum ini, dilaporkan berkata, Jho Low tidak perlu takut kembali ke tanah air jika dia beranggapan dirinya tidak bersalah dalam kes penyelewengan dana 1MDB.
BACA: Kalau tidak bersalah kenapa takut pulang, soal KPN kepada Jho Low
BACA: Jho Low percaya tidak lakukan kesalahan, dakwa hanya pinjam wang 1MDB
Dalam perkembangan lain, Hishamuddin berkata, Kerajaan Malaysia sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk tidak melayan tuntutan ke atas Sabah.
Beliau berkata, Malaysia tidak akan berkompromi terhadap apa sahaja isu melibatkan kedaulatan Sabah dan akan terus mempertahankan negeri itu sampai bila-bila.
“Malaysia tidak pernah mengakui dan tidak sekali-kali akan melayan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak (Filipina atau Kesultanan Sulu) ke atas sebahagian atau keseluruhan Sabah.
“Status Sabah dalam Persekutuan Malaysia adalah sah dan diterima masyarakat antarabangsa. Ia jelas terbukti bahawa isu tuntutan ke atas Sabah adalah tidak berasas dan tidak relevan memandangkan Sabah merupakan sebahagian daripada Malaysia sejak tahun 1963.
“Sehubungan itu, Kerajaan Malaysia akan terus kekal konsisten dengan pendirian tegas untuk tidak melayan mana-mana tuntutan ke atas Sabah,” katanya.
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Hussein
#1Malaysia Development Berhad
#Jho Low
#Dewan Rakyat
#1MDB
#PDRM
#Wisma Putra
#Polis Diraja Malaysia
#Ketua Polis Negara
#tuntutan Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan