KUALA LUMPUR:Kerajaan telah membelanjakan RM2.6 juta bagi program melibatkan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) antara September dan Disember tahun ini, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.
Menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), pelaksanaan PeKT hanya melibatkan tiga negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.
Katanya, PeKT dilantik dalam kalangan aktivis–aktivis komuniti setempat yang menjalankan pelbagai aktiviti bagi meningkatkan kesejahteraan komuniti setempat.
“Justeru, PeKT tidak mempunyai gred jawatan tertentu memandangkan ia bukan di bawah klasifikasi perkhidmatan awam,” kata KPKT dalam jawapan bertulis yang diedarkan hari ini.
Semalam, Wong Kah Poh (PH-Ipoh Timur) meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menyatakan jumlah ahli PeKT yang telah dilantik bersama dengan gred yang terlibat.
Selain itu, Wong turut bertanya mengenai fungsi PeKT yang dilantik serta kos yang terlibat.
Mengulas mengenai perkara itu, kementerian tersebut berkata, pelaksanaan PeKT di tiga negeri terbabit merangkumi 46 kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), sementara jumlah anggota yang dilantik ialah seramai 261 orang.
Antara fungsi-fungsi PeKT, menurut KPKT lagi, ialah menyampaikan maklumat kepada penduduk setempat berhubung dasar dan inisiatif di bawah kementerian itu.
Selain itu, PeKT berperanan menggerakkan penglibatan komuniti setempat; menjalankan kegiatan khidmat nasihat berhubung kesihatan, kebersihan dan alam sekitar; dan mendapatkan maklum balas penduduk setempat berhubung permulaan sesuatu projek atau program.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 Isnin lepas, menggesa kerajaan menarik balik cadangan peruntukan geran one-off RM8.6 juta kepada PeKT.
“Saya minta Menteri Kewangan batalkan peruntukan ini, juga kepada KPKT dengan NGO itu.. One-off geran dari mana? RM8.6 juta untuk kesenangan kelompok menteri KPKT ini. Mana boleh,” tegasnya lagi.
Anwar berkata, beliau menganggap perkara itu sebagai ‘unprecedented’, kerana peruntukan sebesar itu boleh dimasukkan dalam perkara lain yang lebih berkaitan dengan usaha kerajaan menangani COVID-19.
Firdaus Azil
Wed Nov 11 2020

Di Dewan Rakyat semalam, Zuraida (gambar) diminta menjelaskan mengenai ahli yang dilantik menganggotai Penggerak Komuniti Tempatan, gred jawatan mereka serta fungsi dan kos yang terlibat. - Gambar fail
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [28 Februari 2020] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [28 Februari 2020]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892853/27199807051614473676488_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [28 Februari 2020]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Geegee Ahmad dan juga Nursyazwani Saiful Sham dalam AWANI Pagi​ 28 Februari 2021. Antara fokus berita pagi ini merangkumi: 1. Kompaun RM10,000 bukan untuk semua kesalahan - KPN. 2. Inspirasi di sebalik album terhabaru WEi, Identity Challenge. #AWANInews​ #HapusCOVID19

Mayat dua kanak-kanak lemas di Sungai Skudai dijumpai
Mayat mangsa pertama ditemukan sekitar 14 meter dari Pusat Kawalan Operasi Bomba.

Dua beradik antara tiga maut kemalangan di Jalan Kuching
Kemalangan berlaku apabila kereta Satria Neo dari arah Kepong menghala ke Bulatan Segambut hilang kawalan lalu melanggar batu penghadang di tengah jalan.

Pencemaran Sungai: Ribuan bangkai ikan ditemui terapung di Sungai Ketil
Kejadian kematian ikan sekali lagi berlaku secara misteri dipercayai disebabkan aktiviti pencemaran di kawasan hulu sungai.

Imuniti Kelompok | Mampu lindungi kumpulan berisiko
Imuniti kelompok juga boleh dicapai apabila 50 hingga 60 peratus populasi divaksinasi. Namun, ia bergantung kepada pola jangkitan semasa.

Vaksin Johnson & Johnson dibenarkan di AS
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika membenarkan pengunaan vaksin Johnson & Johnson pada Sabtu.

Kes Bunuh Khashoggi | Presiden AS umum pendirian Isnin ini
Presiden Joe Biden akan buat pengumuman berhubung dasar luar negara itu dengan Arab Saudi Isnin ini. Ini susulan pendedahan laporan risikannya yang mengaitkan Putera Mahkota negara itu dengan pembunuhan kolumnis Washington Post, Jamal Khashoggi.

COVID-19: Dewan Perwakilan AS lulus pakej bantuan AS$19 trilion
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat meluluskan pakej bantuan pandemik COVID-19 bernilai 1.9 trilion dolar amerika bagi membantu rakyat negara itu. Undian diluluskan dengan 219 menyokong sementara 212 menentang.

Rampasan Kuasa: Duta Myanmar ke PBB dipecat
Duta Myanmar ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dipecat susulan kenyataan terbukanya mengecam junta tentera. Dalam ucapan penuh emosi, Kyaw Moe Tun berkata tiada pihak yang harus bekerjasama dengan kerajaan junta sehingga kuasa dikembalikan kepada pemerintah yang dipilih secara demokratik.

COVID-19: Sekatan bersiar-siar di pantai dikuat kuasa
Penduduk di Nice, Perancis tidak dibenarkan bersiar-siar di tepi pantai sepanjang hujung minggu. Ia selepas kerajaan melaksanakan sekatan sementara di beberapa kawasan dalam usaha membendung penularan COVID-19.

Amalkan konsep 'semak dan imbang' bila Parlimen bersidang, bukan 'semak dan samun' - Ahmad Faizal
Ahmad Faizal berkata, sekiranya sidang Parlimen dipenuhi perkelahian sesama ahlinya, maka masalah COVID-19 dan ekonomi negara tidak selesai.

Azhar Harun sedih ada rakan putuskan hubungan bila dilantik Speaker Dewan Rakyat
Azhar memberitahu teman-temannya berubah sikap dan menjadi "seolah-olah mereka bukan kawan" apabila beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Sidang Parlimen dan darurat: Satu tinjauan perundangan
Sekiranya Parlimen dipanggil untuk bersidang semula, ahli-ahli Parlimen haruslah menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk berperanan sebagai medium semak dan imbang'.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat boleh nasihati Agong tamatkan segera darurat - Mahfuz
Datuk Mahfuz Omar berkata tindakan berkenaan adalah perkara yang paling tepat tatkala Dewan Rakyat dijangkakan dapat bersidang tidak lama lagi.

Sidang Parlimen semasa darurat: 'Fokus kepada isu rakyat, bukan semata-mata berpolitik'
Jika Parlimen sudah kembali bersidang, fokus perlu diletakkan kepada agenda menangani krisis kesihatan yang lebih membelenggu rakyat ketika ini.

Persidangan Parlimen: Azalina Othman junjung kasih titah Agong
Menerusi ciapan di Twitter, Azalina merakamkan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana senantiasa menjadi pelindung rakyat dan penjaga perlembagaan negara.

Pindaan had umur pengundi ke 18 tahun, pemimpin muda parti politik tuntut penjelasan SPR
Gesaan itu disuarakan dalam satu surat terbuka oleh barisan pemimpin muda parti-parti politik Malaysia pada Rabu.

Parlimen itu dibuka bagi memudahkan perjalanan proses semak dan imbang
Pembukaan persidangan Parlimen adalah bagi memudahkan proses semak dan imbang yang merupakan sebahagian tanggungjawab Ahli Parlimen.

Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat - Agong
Agong menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai atas nasihat Perdana Menteri.

Demokrasi Malaysia telah 'dikafankan' selepas Parlimen digantung - Zahid Hamidi
Presiden UMNO tegaskan, penggantungan Parlimen juga menyebabkan suara rakyat yang dibawa oleh setiap Ahli Parlimen seolah-olah ditutup.