KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) (Pindaan) 2021 yang antara lain untuk mewujudkan lebih ruang dan peluang kepada proses pemulihan semula individu dan syarikat yang terkesan dalam tempoh pandemik.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail Abd Mutalib berkata kementerian sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan dan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) bagi melanjutkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang dijadualkan tamat pada 31 Dis ini.
"Pada masa ini pengecualian duti setem bagi surat cara pindah hak milik dan perjanjian pinjaman bagi rumah berharga RM500,000 dan ke bawah bagi pembeli rumah pertama masih dikuat kuasa sehingga 31 Dis 2025.
"Kerajaan menyambut baik cadangan mengenai pelanjutan tempoh moratorium supaya dilaksanakan serentak dengan tempoh Akta 829 (Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020) berkuat kuasa," katanya ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu.
Turut menggulung perbahasan rang undang-undang itu ialah Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim serta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Terdahulu, ketika membentangkan rang undang-undang itu bagi bacaan kali kedua, Mas Ermieyati berkata pindaan Akta 829 tersebut merangkumi pindaan yang diperuntukkan dalam 10 Fasal keseluruhannya yang cadangan pindaan itu diperoleh daripada kementerian atau jabatan seperti Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Sumber Manusia serta Kementerian Kewangan.
Antara tujuan pindaan di bawah JPM adalah untuk membantu lebih ramai rakyat yang terkesan dan gagal memenuhi obligasi kontraktual mereka dan pada masa yang sama memperluaskan lagi ruang lingkup pelaksanaan pengantaraan di bawah Pusat Mediasi COVID-19 (PMC-19) kepada pihak yang mempunyai pertikaian kontraktual.
Secara umumnya, beliau berkata sebahagian besar daripada pindaan yang dikemukakan melalui rang undang-undang itu merupakan cadangan oleh sektor industri dan perniagaan seperti pemaju perumahan, kesatuan sekerja serta individu-individu yang terkesan dari aspek ekonomi seperti pembeli rumah.
"Selain itu, perluasan skop khidmat pengantaraan yang dicadangkan merupakan inisiatif untuk memberi lebih peluang kepada pihak-pihak yang bertikai mendapatkan khidmat pengantaraan.
"Dalam erti kata lain, rang undang-undang ini adalah menyokong dan pelengkap kepada semua insentif serta komitmen kerajaan untuk terus membantu rakyat yang amat memerlukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 16 2021
RUU itu antara lain untuk mewujudkan lebih ruang dan peluang kepada proses pemulihan semula individu dan syarikat yang terkesan dalam tempoh pandemik. - Gambar fail/BERNAMA
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Israel seharusnya mengambil pengajaran daripada konflik dengan Iran supaya tindak bertindak sewenang-wenangnya mencabuli hak rakyat Islam, terutamanya Palestin.
AWANI Ringkas: PM: Isu PKR Sabah akan diselesaikan segera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
DNB nafi dakwaan tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman
Digital Nasional Bhd (DNB) dengan tegas menafikan dakwaan bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman serta menolak sebarang gambaran negatif terhadap amalan tadbir urus dan perolehannya.
Adakah ia akan mencetuskan perang lebih besar & dahsyat di Asia Barat?
Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam, Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang
KPN Razarudin ucap takziah pemergian Tun Hanif Omar
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain bersama timbalannya Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga bekas KPN, Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada awal pagi Sabtu.
Keperibadian Tun Hanif tegas ketika melakasanakan tugas
Ketegasan dalam melaksanakan tugasan.
Itu merupakan salah satu keperibadian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sepanjang melakar perkhidmatannya di dalam kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perkara itu dikongsikan sahabat rapat Allahyarham, Tokoh Pentadbiran , Tan Sri Mohd Annuar Zaini.
Itu merupakan salah satu keperibadian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sepanjang melakar perkhidmatannya di dalam kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Perkara itu dikongsikan sahabat rapat Allahyarham, Tokoh Pentadbiran , Tan Sri Mohd Annuar Zaini.
Perjalanan terakhir Tun Mohammed Hanif Omar di Masjid Negara
Faida Rahim, Wartawan Astro AWANI
Tun Hanif Omar Ketua Polis Negara terlama dan termuda
Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar melakar sejarah dalam perkhidmatan Sang Saka Biru.
sebagai individu paling muda dan lama menerajui tampuk kepimpinan pasukan keselamatan negara.
sebagai individu paling muda dan lama menerajui tampuk kepimpinan pasukan keselamatan negara.
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.