awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Perbekalan dengan undi belah bahagi

Astro Awani
Astro Awani
17/08/2020
08:41 MYT
Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Perbekalan dengan undi belah bahagi
Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020 bagi perkhidmatan tahun ini,
Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020 bagi perkhidmatan tahun ini, peringkat dasar menerusi undi belah bahagi.
Rang Undang-undang yang pertama kali dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada bulan lalu itu memperuntukkan wang sebanyak RM7,184,083,200.
Permohonan peruntukan itu adalah susulan penyusunan beberapa kementerian, penubuhan kementerian baharu selain pembubaran satu kementerian selaras dengan pembentukan Kabinet baharu.
Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan ketika mengumumkan keputusan itu berkata, 111 Ahli Parlimen bersetuju manakala 106 Ahli Parlimen tidak bersetuju dengan Rang Undang-Undang berkenaan, sementara lima lagi tidak hadir.
"Keputusan undian adalah seperti berikut, yang bersetuju 111, yang tidak bersetuju 106 dan tidak hadir lima (orang). Oleh itu, Rang Undang-Undang ini dipersetujukan," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Bacaan kali kedua Rang Undang-undang itu dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Mohd Shahar Abdullah.
Dewan menjadi sedikit 'kecoh' apabila beberapa Ahli Parlimen pembangkang yang dilihat tidak berpuas hati dan mendakwa Ahli Parlimen Paya Besar itu tidak menjawab soalan yang dibangkitkan.
Namun demikian, beliau memberitahu, soalan-soalan yang sempat dijawab akan diberikan kepada Dewab Rakyat secara bertulis.
Mohd Shahar bagaimanapun memaklumkan soalan yang tidak sempat dijawab di Dewan Rakyat akan diberikan kepada Ahli Parlimen berkenaan dalam bentuk bertulis.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#kabinet
#Kementerian Kewangan
#Parlimen
#Rang Undang-Undang
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan