KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul bagi kerajaan memindahkan RM21 bilion iaitu baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) bagi tempoh Jun hingga November 2023 kepada Kumpulan Wang Pembangunan.
Usul tersebut yang dipersetujui dengan undian suara majoriti dibacakan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan di bawah seksyen 3(1) mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Akta 275).
Ahmad berkata pindahan tersebut akan digunakan bagi pembiayaan keperluan perbelanjaan pembangunan tahun 2023.
"Kumpulan Wang Pembangunan ialah satu kumpulan wang amanah kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 bagi tujuan membiayai projek pembangunan.
"Sumber kumpulan wang pembangunan diperoleh melalui pindahan antaranya daripada Akaun Pinjaman disatukan yang terdiri daripada terimaan terbitan sekuriti kerajaan Malaysia," katanya.
Sementara itu, Dewan Rakyat turut meluluskan peruntukan di bawah subsekyen 10(4)(a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61) supaya Kumpulan Wang COVID-19 ditutup.
Ahmad berkata penutupan Kumpulan Wang COVID-19 wajar dilaksanakan memandangkan keadaan negara pada fasa peralihan kepada endemik dan pembayaran bagi perbelanjaan di bawah Kumpulan Wang COVID-19 telah selesai sepenuhnya.
"Mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 Ogos 2023 telah bersetuju supaya Kumpulan Wang COVID-19 ditutup dan jadual kedua Akta 61 dipinda supaya mengeluarkan Kumpulan Wang COVID-19," katanya.
Penutupan Kumpulan Wang COVID-19 tidak memberi sebarang komplikasi kewangan kerana langkah itu hanya melibatkan pemindahan baki daripada Kumpulan Wang COVID-19 kepada Kumpulan Wang Pembangunan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2023
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan, yang juga Ahli Parlimen Pontian ketika persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Cklamovski amal prinsip pintu terbuka pemain sertai Harimau Malaya
Ini sekali gus memberi ruang sama rata buat semua pemain, untuk sama-sama membuktikan keupayaan mereka di bawah kendaliannya.
Program makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak setakat ini
Mulai Januari hingga April 2025, program ini menyasarkan 3 juta kanak-kanak. Menjelang April hingga Ogos 2025, ia akan mencapai 6 juta kanak-kanak.
AGM KLHA: Tandatangan didakwa palsu, sebuah persatuan hoki digantung
Terdapat dakwaan pemalsuan tandatangan dalam borang pencalonan menjelang AGM KLHA Sabtu ini.
Tiada lagi beregu veteran, Ahsan nangis tinggalkan gelanggang buat kali terakhir
Gandingan beregu veteran Indonesia, Muhammad Ahsan-Hendra Setiawan, sah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia badminton.
AI ganti jutaan pekerjaan tetapi wujudkan ratusan juta lagi peluang - Timbalan Menteri Indonesia
Nezar Patria berkata, AI dan teknologi baharu lain dijangka menggantikan kira-kira 92 juta pekerjaan di peringkat global.
Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.
Mohd Joehari mahu teruskan langkah positif Hamidin
Mohd Joehari berkata segala perancangan direncana Hamidin selama ini, disifatkan sudah cukup baik.
MIDF Amanah jangka inflasi Malaysia cecah 2.8 peratus pada 2025
Bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan berkata antara perubahan dalam dasar termasuklah rancangan rasionalisasi subsidi kerajaan.
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.
DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.
Parlimen bakal anjur program lahir generasi lebih peka fungsi Parlimen
Parlimen Malaysia akan mengadakan program dengan usahama sekolah-sekolah menengah luar bandar dalam misi untuk terus merakyatkan institusi parlimen.
Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Perkeso bakal perkenal SKBBK, pinda dua akta perundangan tahun ini
Perkeso bakal memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) dan meminda dua akta pada tahun ini.
Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius
Pembayaran diterima pada Isnin lepas untuk menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.
Johari harap Malaysia jadi tuan rumah terbaik AIPA tahun depan
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berharap Malaysia dapat menjadi tuan rumah terbaik dalam menganjurkan beberapa mesyuarat berkaitan AIPA tahun depan.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Justin Trudeau dijangka hilang kuasa
Jagmeet Singh dijangka akan mengemukakan usul tidak percaya secara rasmi selepas Dewan Rakyat kembali bersidang pada 27 Januari.
RUU wajibkan pendidikan hingga sekolah menengah dibentang di Parlimen Februari 2025
Rang undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan pendidikan hingga peringkat sekolah menengah dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Disember 2024.