awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat: Perbicaraan penuh kes kartel daging pada 14-16 Disember ini - Rosol Wahid

Astro Awani
Astro Awani
22/09/2021
03:28 MYT
Dewan Rakyat: Perbicaraan penuh kes kartel daging pada 14-16 Disember ini - Rosol Wahid
Pada 2 Disember 2020, media melaporkan mengenai kewujudan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perbicaraan penuh kes kartel daging melibatkan sebuah syarikat dijadual berlangsung pada 14 hingga 16 Disember tahun ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, perkembangan itu susulan pendakwaan di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru yang telah dibuat pada Februari lalu.
“Sebenarnya kita telah mendakwa mereka ini pada Februari 2021. Satu perbicaraan penuh akan diadakan pada 14,15 dan 16 Disember tahun ini.
“Lantaran itu kita meminta kepada masyarakat sekiranya ada perkara yang meragukan, sila laporkan kerana perkara berkaitan halal haram ini adalah sesuatu yang kita tidak boleh kompromi,” katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang mahu tahu status kes kartel daging yang menggemparkan negara sejak dilaporkan Disember tahun lalu.
Pada 2 Disember 2020, media melaporkan mengenai kewujudan kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina.
Kartel berkenaan kemudian membungkus semula daging itu menggunakan logo halal sebelum menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia sebelum ia terbongkar hasil serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai.
Dua pengarah dan pengurus syarikat terbabit didakwa atas 21 pertuduhan memiliki, menawar dan menggunakan logo halal palsu serta tanpa kelulusan untuk membekalkan daging sejuk beku.
Dalam perkembangan sama Rosol memaklumkan, sebanyak 228 kes berkaitan status halal makanan telah dikendalikan KPDNHEP, setakat Ogos tahun ini.
“Kes ini membabitkan nilai rampasan sebanyak RM11.6 juta hanya membabitkan status halal bagi makanan,” katanya.
Tambah beliau lagi, kerajaan juga komited dalam memastikan isu berkaitan status halal bukan membabitkan makanan juga diberi perhatian.
Justeru katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kini sedang membangunkan alat khas untuk tujuan pemantauan perkara-perkara lain.
“Jakim sedang membangunkan alat memastikan untuk pastikan status halal bukan makanan, seperti kosmetik pakaian seperti kulit babi atau anjing.
“Ini juga sesuatu yang serius yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan, harap perkara ini akan dapat diselesai segera oleh Jakim,” katanya.
*Jom kita pantau apa ahli Parlimen buat pada 13 hingga 15 September; 20 hingga 23 September; 27 hingga 30 September; 4 hingga 7 Oktober dan 10 hingga 11 Oktober di sini.
Topic Berkaitan
#daging halal
#Perbicaraan kartel daging
#Dewan Rakyat
#Rosol Wahid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan