KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengumumkan kenaikan gaji minimum RM1,500 dalam masa terdekat.
Jelas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, kajian terperinci sedang diperhalusi kerajaan dalam menentukan kenaikan gaji minimum itu tidak memberi kesan kepada kadar pengangguran di negara ini.
"Kerajaan dah bersedia umumkan gaji minimum dalam masa terdekat, tetapi sedang memperhalusi dan meneliti beberapa faktor. Sebab kita tidak mahu ada majikan lain mengambil kesempatan terhadap gaji minimum ini dan mengurangkan pekerja mereka.
"Kita hampir berjaya, kalau kita lihat negara lain masih bergelut, tapi negara kita ketika PKP pertama dahulu kadar pengangguran 5.3 peratus. Hari ini dengan bangganya saya umumkan hari ini kita mencapai 4.2 peratus," jelasnya.
Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran dalam sidang Dewan Rakyat pada Isnin.
Tambah Saravanan, tindakan terburu-buru menaikkan gaji minimum boleh menyebabkan kadar pengangguran kembali tinggi, disebabkan ada majikan yang mengambil kesempatan memberhentikan tenaga kerja mereka.
"Dalam usaha menurunkan (kadar pengangguran) bawah empat peratus, kami tidak mahu majikan ambil kesempatan gaji minimum dan mengurangkan pekerja.
"Maka kita sedang memperhalusi dan meneliti dan saya bagi jaminan kepada Dewan yang mulia ini kita akan umumkan dalam masa terdekat," jelasnya lagi.
Terdahulu, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran dalam pertanyaan lisan meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan sebab kerajaan bercadang melaksanakan kadar gaji minimum pada penghujung tahun dan bukan dengan kadar segera.
Fareez Azman
Mon Mar 14 2022

Jelas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, tindakan terburu-buru menaikkan gaji minimum boleh memberi kesan apabila ada majikan mengambil kesempatan. - Gambar fail

PN muktamad pembahagian kerusi PRN enam negeri petang ini
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perbincangan mengenai pembahagian kerusi itu dijangka selesai kira-kira jam 5 petang.

F1: Max Verstappen juarai GP Sepanyol
Verstappen mendahului kesemua 66 pusingan di Litar Catalunya Barcelona untuk mencatat kemenangan kelimanya.

Pelakon veteran Bollywood Sulochana Latkar meninggal dunia
Aktres yang pernah membintangi lebih 250 filem itu menghembus nafas terakhir pada usia 94 tahun.

MoU janjikan masa depan lebih baik untuk artis Malaysia, Indonesia
Karyawan dan FESMI tandatangani MoU untuk bersama-sama menggalakkan pertumbuhan industri muzik di kedua-dua negara.

Liga Super: Paulo Josue julang KL City di Kuantan
KL City FC kembali ke landasan kemenangan selepas mengatasi Sri Pahang FC, 2-1, di Stadium Darul Makmur.

APG 2023: Atlet renang, olahraga sumbang lapan emas
Kontinjen Malaysia ke APG 2023 tidak mengecewakan apabila meraih lapan emas, enam perak dan tiga gangsa di bumi Kemboja pada Ahad.

Zaquan Adha belum rancang bersara susulan ACL kelima
Bekas penyerang Harimau Malaya tersebut mengalami nasib buruk itu ketika bertemu Kuching City dalam perlawanan suku akhir Piala FA.

Petugas media CNA maut dalam kemalangan di Lebuhraya Karak
Motosikal yang ditunggangi mangsa hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

Naik taraf, perindah medan selera demi keselesaan rakyat - Pakar
Seruan itu bertepatan kerana memenuhi cita rasa budaya rakyat yang suka menjamu selera di medan selera, gerai serta warung bersama keluarga.

Hentikan politik guna modal kaum, agama - Mujibu Muis
Hentikan berpolitik secara retorik menggunakan modal kaum dan agama sebagai asas untuk meraih populariti dan sokongan.

Gaji progresif iktiraf pekerja berpengalaman, berkemahiran - MTUC
Kerajaan sedang meneliti secara dasar sistem gaji progresif dengan perbincangan serta proses libat urus mengenainya sudah bermula.

Cuepacs mohon gaji minimum penjawat awam RM1,800
Cuepacs mencadangkan supaya skim gaji minimum penjawat awam dinaikkan daripada RM1,200 kepada RM1,800.

Penetapan gaji minimum perlu berdasarkan pelbagai aspek - Kesatuan pekerja
Penetapan gaji minimum perlu dibuat berdasarkan pelbagai aspek termasuk sektor pekerjaan, kelayakan akademik, pengalaman dan kemahiran pekerja bagi memberi keadilan kepada semua pihak.

Komitmen kerajaan kaji semula gaji penjawat awam beri kesan positif kepada sektor swasta - PKPB
Komitmen kerajaan untuk mengkaji semula tangga gaji penjawat awam khususnya di peringkat rendah dilihat sebagai satu langkah yang baik, sekali gus memberi kesan positif kepada pekerja sektor swasta.

Tingkatkan gaji minimum bagi imbangi pendapatan dengan kos sara hidup - Pakar
Katanya kadar gaji minimum itu juga perlu ditingkatkan mengikut perkembangan ekonomi negara.

Kaedah baharu pelaksanaan gaji minimum akan dirangka - Sivakumar
Beliau yang menyifatkan gaji minimum sebanyak RM1,500 agak rendah berkata majikan perlu memastikan gaji yang diterima pekerja setimpal dengan kemahiran dan pengetahuan mereka.

Kabinet bincang isu pelaksanaan gaji minimum bulan depan - PM Anwar
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan gaji minimum masih sukar dilaksanakan dan pelaksanaannya juga "hiruk-pikuk".

MTUC saran kerajaan sediakan data kontraktor 'culas'
Kerajaan dicadang menyediakan data kontraktor 'culas' untuk digunakan bagi menyelesaikan isu pembayaran pelarasan kadar gaji minimum termasuk tunggakan secara terus kepada pekerja yang terkesan.

KPM, KKM digesa sediakan data kontraktor
KPM dan KKM dicadang menyediakan data kontraktor untuk digunakan bagi membayar pelarasan kadar gaji minimum, termasuk tunggakan secara terus kepada pekerja dalam sektor itu.

Gubal akta baharu gaji minimum RM3,000 untuk graduan sarjana muda - Sivaraj
Kerajaan disaran untuk mengubal satu akta baharu yang menetapkan gaji minimum RM3,000 sebulan untuk graduan ijazah sarjana muda.