Usul tergempar untuk membahaskan kerugian dialami oleh Malaysia Airlines (MAS) pada tahun lepas, berjumlah RM1.2 bilion ditolak oleh Dewan Rakyat pada Isnin.
Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamed berkata usul itu tidak memenuhi keperluan bagi usul tergempar seperti termaktub dalam Peraturan Mesyuarat 18(1).
"Kerajaan sudah mengambil tindakan untuk mengenal pasti punca kerugian syarikat penerbangan itu dan jalan penyelesaian sudah diambil. Oleh kerana ia sedang disiasat, ia bukan perkara perlu disegerakan," katanya.
Usul itu dikemukakan oleh Lip Lim Eng (DAP-Segambut), tetapi ditolak kerana ia tidak spesifik, tidak perlu disegerakan dan tidak mempunyai kepentingan awam.
Dalam usul dikemukakan pada 6 Jun, Lim memohon Dewan Rakyat membahaskan kerugian dialami oleh syarikat penerbangan kebangsaan itu yang merekodkan kerugian bersih RM433.4 juta pada suku pertama 2014.
Lim berkata MAS merekodkan kerugian besar bagi tiga tahun berturut-turut.
"Pengurusan MAS kelihatan lemah dan tidak lagi berdaya saing dengan syarikat-syarikat penerbangan lain, terutamanya selepas kehilangan MH370," katanya.
Beliau juga meminta diberikan penjelasan tentang kerugian itu dan bertanya jika kerajaan patut mengisytiharkan kebangkrapan untuk mengelakkan kerugian lebih besar yang akan membebankan pembayar cukai.
Bernama
Tue Jun 10 2014
MAS merekodkan kerugian besar bagi tiga tahun berturut-turut
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
MH17 jadi liputan utama dunia
Berita pesawat MH17 Boeing 777 yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal terhempas yang dipercayai ditembak mendapat liputan hebat dunia.
Dewan Rakyat tolak usul tergempar bahas kerugian MAS
Usul tergempar untuk membahaskan kerugian dialami oleh Malaysia Airlines (MAS) pada tahun lepas, berjumlah RM1.2 bilion ditolak oleh Dewan Rakyat pada Isnin.
MH192 selamat mendarat di Lapangan Terbang Bengaluru
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH192 tiba di Lapangan Terbang Bengaluru di sini pada 5 petang ini.