awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Capital A lengkapkan penyenaraian 2.31 bilion saham, laksanakan penempatan persendirian
Liga Mahasiswa cabar Adam Adli untuk berdialog secara terbuka
Penyebaran maklumat sulit ATM: Mindef buat laporan polis - Khaled Nordin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima kanak-kanak maut akibat letupan ketika bermain bola di Yaman

Agensi
Agensi
12/07/2025
23:50 MYT
Lima kanak-kanak maut akibat letupan ketika bermain bola di Yaman
Anggota pasukan keselamatan Houthi melakukan rondaan di lokasi demonstrasi yang disertai penunjuk perasaan pada Jumaat lalu. - Gambar Reuters
ADEN (YAMAN): Lima kanak-kanak dilaporkan maut selepas sebutir bahan letupan meletup di kawasan kediaman di wilayah barat daya Yaman ketika mereka sedang bermain bola, menurut kumpulan hak asasi dan saksi kejadian pada Sabtu.
Insiden yang berlaku pada malam Jumaat di kawasan Al-Hashmah, wilayah Taiz itu masih belum dikenal pasti puncanya.
Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memaklumkan, mereka menyedari laporan berhubung kejadian tersebut, namun belum dapat mengesahkan butiran kejadian pada waktu ini.
Dua penduduk tempatan yang menyaksikan kejadian, Ahmed Al-Sharee dan Khaled Al-Areki berkata, kesemua mangsa ketika itu sedang bermain bola sebelum letupan berlaku secara tiba-tiba.
Selain lima mangsa yang maut, sekurang-kurangnya tiga lagi individu mengalami kecederaan ringan hingga sederhana dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Seorang lagi saksi, Mahmoud Al-Mansi mendakwa, letupan tersebut berpunca daripada kawasan yang dikawal oleh pasukan bersenjata yang bersekutu dengan parti Islah.
Pusat Hak Asasi Manusia Yaman turut mengecam insiden tragis itu menerusi satu laporan yang turut memaparkan gambar-gambar mengerikan mayat kanak-kanak yang terkorban.
Memetik sumber kesihatan dari Hospital Al-Rafai – tempat mangsa dibawa – kumpulan itu memaklumkan bahawa semua mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah disebabkan serpihan letupan.
Menurut laporan tersebut, dua daripada mangsa berusia 12 tahun, manakala dua lagi berumur 14 tahun.
Umur kanak-kanak kelima masih belum dikenal pasti. - Arab News
Topic Berkaitan
#lima kanak-kanak maut
#main bola
#letupan
#Taiz Yaman
#parti Islah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan