Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd komited untuk terus melaksanakan obligasi bagi memastikan projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT 2) siap mengikut jadual ditetapkan.
Dalam kenyataan pada Isnin, Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Mohamed Razeek Hussain berkata syarikat itu akan terus berurusan dengan kerajaan dan pihak berkepentingan berkaitan bagi memastikan projek KVDT 2 dan kepentingan orang ramai tidak terjejas.
Menurutnya, selain kesan langsung pandemik COVID-19 terhadap ekonomi, kerajaan juga perlu melihat aspek statistik masa utama dan kos pembatalan.
"Tapak akan terbiar dan hanya mengundang bahaya kepada orang ramai," katanya.
Pada 28 Ogos lepas, Kementerian Pengangkutan mengumumkan tender projek itu dibuka semula selepas mengambil kira keputusan kajian dan penelitian menyeluruh yang mendapati projek di bawah Dhaya Maju-LTAT Sdn Bhd (DM-LTAT) membabitkan kos terlalu tinggi ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
Syarikat Dhaya Maju LTAT adalah usaha sama 80:20 antara syarikat pembinaan pegangan swasta Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd (DMIA) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang telah meraih kontrak pemulihan KVDT 2 iaitu 10 bulan selepas ia dibatalkan.
Mengulas selanjutnya, Mohamed Razeek menyifatkan KVDT 2 sebagai komponen penting bagi pengukuhan pengangkutan awam di Lembah Klang dan sebarang kelewatan akan memberi kesan terutamanya kepada pengguna.
"Untuk rekod, kerja-kerja itu pada masa ini dipantau oleh perunding profesional dan semua tuntutan telah disemak dan disahkan sebelum sebarang kelulusan pembayaran.
"Malah, terdapat pemantauan kewangan yang ketat di bawah pemerhatian pegawai berkaitan bagi projek KVDT2 itu," katanya.
Beliau berkata projek KVDT 2 telah mencapai kemajuan sebanyak 24 peratus, hasil usaha tenaga kerja dan dedikasi 1,512 pekerja di bawah Dhaya maju-LTAT dan 261 syarikat bekalan dan perkhidmatan.
Menurutnya, usaha sama itu juga telah mewujudkan lebih 7,000 pekerjaan di bawah sektor perkhidmatan, bekalan dan penyelenggaraan.
"Pada masa ini, syarikat memiliki kepelbagaian dan aset rel bernilai kira-kira RM350 juta yang merangkumi jentera dan peralatan kerja landasan khusus untuk memastikan projek disiapkan mengikut masa ditetapkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 31 2020

Mohamed Razeek Hussain berkata syarikat itu akan terus berurusan dengan kerajaan dan pihak berkepentingan berkaitan bagi memastikan projek KVDT 2 dan kepentingan orang ramai tidak terjejas. -Gambar hiasan
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri: Periksa Kenderaan Balik Kampung
Kurang seminggu lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Pastinya ramai yang sedang melakukan persiapan untuk balik kampung. Jangan lupa juga untuk periksa kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan yang panjang. Ikuti tipnya dalam #AWANIPagi

Syarikat farmasi British janji pelaburan AS$2.5 bilion di Beijing
Gergasi farmaseutikal Britain AstraZeneca menandatangani perjanjian bersejarah untuk melabur AS$2.5 bilion di Beijing.

Mesir nafi dakwaan pindahkan sementara 50,000 penduduk Gaza ke Sinai
Mesir menafikan dakwaan negara itu bersedia untuk memindahkan sementara 500,000 penduduk Gaza ke utara Sinai.

UK tuan rumah kepada delegasi ASEAN untuk bengkel serantau biologi kejuruteraan
Bengkel itu menyediakan platform penting untuk menyelaraskan peraturan, piawaian teknikal dan inovasi antara UK dan ASEAN.
Bazar perayaan lain di KL guna konsep bazar Ramadan, Aidilfitri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa mengesahkan konsep pengurusan Bazar Ramadan dan Aidilfitri kepada bazar perayaan lain di Kuala Lumpur, termasuk Bazar Deepavali dan Bazar Tahun Baharu Cina akan datang.
Peniaga petai dapat ganti rugi & lesen sementara
Peniaga petai yang tular didakwa tidak dibenarkan berniaga oleh penguat kuasa, telah menerima ganti rugi.
Polis kesan pemandu Ford Ranger langgar lari di Ampang
Polis sedang menyiasat satu insiden kemalangan yang tular di media sosial melibatkan sebuah kenderaan jenis Ford Ranger kelabu yang didakwa terlibat dalam kejadian langgar lari di Jalan Pandan 1 menghala ke MRR2.
Polis mohon bantuan kesan Nur Aidil Fitri
Polis mohon bantuan kesan seorang remaja lelaki, Nur Aidil Fitri Arasy Helmi, berusia 17 tahun, dilaporkan hilang di Bandar Sri Damansara Khamis lalu.

Pentadbiran Trump panik selepas dokumen pembunuhan JFK dedah data peribadi
Daripada 64,000 halaman yang didedahkan oleh Arkib Negara, ratusan daripadanya mengandungi maklumat peribadi tanpa disunting.
Jumlah mangsa di Johor dan Sarawak bertambah, Sabah semakin baik
Portal InfoBencanaJKM memaklumkan jumlah mangsa banjir di Johor meningkat pagi ini

Projek KVDT2 diteruskan oleh Dhaya Maju LTAT - Peguam Kanan Persekutuan
Pihak-pihak dalam kes saman itu telah mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes saman berkenaan.

Projek Landasan Berkembar Elektrik Lembah Klang Fasa 2 diteruskan Dhaya Maju LTAT
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa kerajaan memutuskan projek naik taraf Landasan Berkembar Elektrik Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2) akan diteruskan oleh Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd.

Batal projek KVDT2, kerajaan hadapi tiga tuntutan mahkamah
Kerajaan sedang melakukan rundingan dengan Dhaya Maju LTAT untuk capai penyelesaian di luar mahkamah.

Dhaya Maju LTAT komited siapkan projek KVDT 2 mengikut jadual
Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd komited untuk terus melaksanakan obligasi bagi memastikan projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT 2) siap mengikut jadual ditetapkan.