awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan Mesir dan Palang Merah dibenar cari mayat tebusan di Gaza

Agensi
Agensi
26/10/2025
23:00 MYT
Pasukan Mesir dan Palang Merah dibenar cari mayat tebusan di Gaza
Pasukan dari Mesir dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa kini dibenarkan memasuki kawasan yang dikawal tentera Israel di Gaza untuk mencari mayat tebusan yang dipercayai terbunuh dalam serangan Hamas pada 7 Oktober lalu. - Gambar AP
GAZA: Pasukan dari Mesir dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) kini dibenarkan memasuki kawasan yang dikawal tentera Israel di Gaza untuk mencari mayat tebusan yang dipercayai terbunuh dalam serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.
Menurut jurucakap kerajaan Israel, pasukan berkenaan dibenarkan menjalankan pencarian melepasi sempadan yang dikenali sebagai “garisan kuning” - sempadan operasi tentera Israel yang ditetapkan dalam fasa pertama perjanjian gencatan senjata yang ditaja Amerika Syarikat (AS).
Setakat ini, Hamas telah menyerahkan 15 daripada 28 mayat tebusan Israel sebagai sebahagian daripada perjanjian tersebut dan kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Mesir untuk mencari baki mayat yang masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan.
Presiden AS, Donald Trump memberi amaran kepada Hamas agar mempercepatkan penyerahan mayat tebusan, atau berdepan tindakan daripada negara-negara yang terlibat dalam pelan damai Gaza yang ditandatangani di Sharm el-Sheikh awal bulan ini.
Jurucakap Israel turut memaklumkan, pasukan Mesir akan menggunakan jentera berat seperti penggali dan lori untuk mempercepatkan pencarian di kawasan yang musnah teruk akibat serangan udara Israel selama lebih dua tahun.
ICRC sebelum ini memainkan peranan penting dalam pemindahan tebusan, termasuk mayat, yang diserahkan oleh Hamas kepada mereka sebelum diserahkan kepada tentera Israel. Hamas tidak menyerahkan tebusan secara langsung kepada IDF.
Pihak Hamas mengakui kesukaran untuk mencari mayat tebusan yang tertimbus di bawah runtuhan, namun menegaskan mereka sedang berusaha sedaya upaya dan kini memperluas pencarian ke kawasan baharu.
Perkembangan ini memberi sedikit kelegaan kepada keluarga mangsa yang menantikan peluang untuk memberi penghormatan terakhir dan pengebumian yang sempurna.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menegaskan, Israel akan menentukan sendiri pasukan antarabangsa yang dibenarkan menyertai misi pemantauan gencatan senjata di Gaza, selaras dengan pelan damai yang dirangka pentadbiran Trump. - Agensi
Topic Berkaitan
#mayat tebusan
#pencarian mayat tebusan
#Palang Merah
#Mesir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan