KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempertahankan kenyataannya dalam buku terbaharunya mengenai penasihat bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang didakwa mencampuri urusan kerajaan dan mengugut pemaju yang terlibat dalam projek bermasalah di pusat bandar ketika era pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
.
Dr Mahathir berkata, individu itu disifatkan sebagai seorang yang sombong dan berkelakuan seperti menteri dan bukannya setiausaha politik.
“Saya hanya memetik satu contoh (dalam buku itu), ada ahli perniagaan lain (termasuk) seorang Cina memberitahu saya bahawa dia sangat sombong. 'Sombong' itu perkataan yang mereka gunakan, dia berlagak seperti menteri,
“Sebagai setiausaha politik, anda sepatutnya melaporkan tentang politik negara, bukan melaksanakan dasar kerajaan,” ulas Dr Mahathir dalam satu sesi maya bersama media sempena pelancaran buku terbaharunya, Capturing Hope: The Struggle Continues for a New Malaysia.
Dalam masa sama, Dr Mahathir berkata, menamatkan semua kontrak yang masuk di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bermakna ia ‘menyakiti’ Najib, sebaliknya, hanya akan menyusahkan kontraktor projek, pekerja, pembekal dan syarikat sokongan.
“Semua yang terlibat akan terkesan, kita tak boleh tamatkan semua kontrak sewenang-wenangnya atau mengurangkan kontrak secara paksa, perlu ada timbang rasa di situ,” tegas Dr Mahathir.
Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas kritikan beliau yang dimuatkan dalam buku berkenaan yang ada menyebut mengenai seorang pemimpin DAP yang tidak dinamakan melibatkan diri dalam urusan kerajaan, walaupun perkara itu di luar bidang kuasanya.
Tindakan pemimpin DAP itu disifatkan Dr Mahathir boleh memberi 'peluru' kepada penyokong UMNO untuk membangkitkan sentimen perkauman terhadap parti.
Bahkan, disebabkan tindakan penasihat Menteri Kewangan ketika itu juga, dakwa Dr Mahathir, menyebabkan terdapat ahli perniagaan yang menolak pentadbiran PH.
Sementara itu, dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Damansara dari DAP, Tony Pua tampil mengakui beliau merupakan individu yang menjadi sasaran kritikan Dr Mahathir dalam buku tersebut.
Pua membuat kenyataan balas terhadap bekas Perdana Menteri itu dan mendakwa Dr Mahathir hanya memihak kepada “ahli perniagaan jahat” yang dikatakan membuat tuduhan palsu terhadapnya.
Capturing Hope: The Struggle Continues for a New Malaysia adalah memoir kedua Mahathir yang menyentuh peristiwa bermula peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada 2003 sehingga kembali memegang jawatan itu pada 2018.
Azyyati Ahmad
Tue Dec 07 2021

Dr Mahathir berkata, individu yang tidak disebut namanya dalam buku terbaharu beliau itu disifatkan sebagai seorang yang sombong dan berkelakuan seperti menteri dan bukannya setiausaha politik. - Gambar fail

Pemilihan PKR 2022: Lapan cabang undi semula akhir bulan ini, keputusan ditangguh - JPP
Pengundian semula di lapan cabang tersebut disebabkan beberapa masalah termasuk masalah teknikal yang berlaku ketika pengundian fizikal.

AWANI Ringkas: COVID-19: Berlaku penurunan kes positif pada minggu epid 20
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

WEF 2022 | Malaysia perlu hati-hati depani cabaran Global
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berpandangan malaysia perlu berhati-hati dalam mendepani cabaran global separuh kedua tahun ini. Beliau memberi komitmen bahawa kerajaan berada dalam kapasiti untuk terus membantu golongan yang terkesan akibat impak global yang dilalui Malaysia.

PM adakan lawatan ke Jepun, perkasakan Dasar Pandang ke Timur
Memperkasakan Dasar Pandang ke Timur serta memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia dalam hubungan dua hala Malaysia-Jepun adalah antara intipati yang bakal diketengahkan Perdana Menteri.

Bot tunda bersama tiga kru disyaki karam di Pulau Mantanani
Sebuah bot tunda Mega Jaya 2, bersama tiga kru disyaki karam di posisi 35 batu nautika barat laut Pulau Mantanani di Kota Belud, semalam.

Buli junior: Empat pelajar mengaku salah sebabkan kecederaan
Kesemua tertuduh berusia 15 hingga 16 tahun turut membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan terhadap mereka dibacakan

Identiti dua mayat pendaki Gunung Suku sudah dikenal pasti - Ketua Polis Perak
Bedah siasat akan dijalankan hari ini di Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi mengenal pasti punca kematian kedua-dua mangsa.

DUN Sarawak: Gagal capai persetujuan tuntutan MA63, akan dirujuk kepada penilai bebas
Kegagalan kerajaan negeri dan Persekutuan dalam mencapai persetujuan dalam sebarang semakan yang dituntut Sarawak akan dirujuk kepada penilai bebas.

Jiwa SME | Media sosial bantu Bateqila tembusi pasaran dunia
Pandemik COVID-19 menjadi titik permulaan kepada usahawan muda batik akrilik untuk lebih aktif menggunakan media sosial sebagai platform jualan produknya. Jika dahulu kesemua pelanggannya lebih kepada 'walk-in' dan setempat, kini Bateqila mendapat tempahan dari seluruh negara termasuk United Kingdom dan Kanada.

Pembantu kedai makan didenda RM2,500 lakukan khianat buang patung hiasan
Gabriele mengaku mengambil patung hiasan air pancutan yang tersambung dengan hos paip kecil sehingga tercabut dan rosak serta membuangkannya ke dalam tong sampah.

Pelancaran Pejuang Sabah dijadualkan esok ditangguhkan - Mukhriz
Pelancaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) di Sabah yang dijadualkan esok ditangguhkan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Dasar Pandang ke Timur berjaya, perlu kekal jadi asas strategi pembangunan Malaysia - Tun Mahathir
Hari ini, Dr Mahathir berkata terdapat hampir 1,500 syarikat Jepun beroperasi di Malaysia, dan menggaji lebih 400,000 rakyat Malaysia.

Dasar Pandang Ke Timur boleh bantu Malaysia dalam pemulihan selepas pandemik - Tun M
Dasar Pandang Ke Timur boleh berfungsi sebagai platform untuk meneroka model pembangunan gergasi-gergasi Asia.

Dr Mahathir dakwa Zahid Hamidi risau kes jenayah dihadapinya di mahkamah
Dr Mahathir berkata, adalah logik untuk diperkata Ahmad Zahid mempunyai perancangan untuk cuba membersihkan semula nama baiknya yang telah lama tercemar kerana kes jenayah berkenaan.

Status bangsa: Dr Mahathir mahu Zahid mohon maaf, ancam hendak saman
Dalam satu kenyataan, Dr Mahathir memberitahu beliau mahu menyaman Ahmad Zahid kerana mempertikaikan status kaumnya sebagai orang Melayu.

Tun M tidak setuju 'bailout' untuk selamatkan Sapura Energy
Sebaliknya usaha perlu diambil bagi mengurangkan kerugian ditanggung penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu.

Surat pembaca: Cadangan tambat Ringgit formula 'lapuk', tidak sesuai senario sekarang
Malaysia tidak akan mampu untuk terus bertahan jika kerajaan terus menjalankan bajet defisit melebihi 5% untuk tempoh masa yang berterusan.

"Banyak rancangan bantu orang Melayu, namun, saya ditolak sebelum sempat laksanakannya" - Tun M
Antara perancangan Dr Mahathir ialah mengurangkan kemiskinan dalam kalangan orang Melayu yang menjadi masalah utama sejak sekian lama.

UMNO tangguh pemilihan sebab tahu parti akan berpecah - Dr Mahathir
Tindakan UMNO buat EGM untuk tangguh pemilihan disifatkan Dr Mahathir sebagai jalan senang buat parti itu.

PRU15 tidak sesuai diadakan dalam tempoh terdekat - Tun M
Seperti orang lain, Tun M bimbang kes COVID-19 akan berterusan meningkat seandainya PRU15 diadakan.