Skip to main content

Teknologi

Meta lancar Business Agent, sasar automasi operasi perniagaan global

FILE PHOTO: Cars drive past a sign of Meta, the new name for the company formerly known as Facebook, at its headquarters in Menlo Park, California, U.S. October 28, 2021. REUTERS/Carlos Barria/File Photo
Menurut kenyataan Meta, sistem tersebut mampu menjawab pertanyaan pelanggan, menjana draf mesej serta menyokong proses pembelian tanpa pengguna perlu keluar daripada aplikasi. -Gambar fail/Reuters

META Platforms Inc melancarkan Meta Business Agent di peringkat global hari ini, sebuah sistem ejen kecerdasan buatan (AI) untuk mengautomasikan pengurusan perniagaan menerusi aplikasi WhatsApp, Instagram dan Messenger.

Syarikat itu memaklumkan platform berkenaan direka untuk membantu peniaga mengurus interaksi pelanggan secara terus dalam aplikasi sembang, lapor Amanz.

Menurut kenyataan Meta, sistem tersebut mampu menjawab pertanyaan pelanggan, menjana draf mesej serta menyokong proses pembelian tanpa pengguna perlu keluar daripada aplikasi.

Selain itu, Meta Business Agent turut menyokong integrasi dengan platform e-dagang seperti Shopify, Zendesk dan Shopee bagi memudahkan urusan transaksi.

Pelancaran itu menandakan peningkatan persaingan dalam pembangunan ejen AI komersial, yang turut diterajui syarikat teknologi global lain.

Meta memaklumkan sistem berkenaan telah melalui fasa ujian rintis selama dua tahun di India sebelum ditawarkan kepada pengguna global.

Pada peringkat awal, perkhidmatan tersebut ditawarkan secara percubaan percuma, dengan model langganan berbayar dijangka diperkenalkan pada masa akan datang.

 

Must Watch Video

Advertisement