Kempen #diaadalahkita yang dilancarkan netizen untuk membantu seorang lelaki etnik Rohingya, mendapat sambutan hebat.
Kempen itu dimulakan pengguna Facebook, Mohd Faiz, selepas dipertemukan dengan Mohamad Abrar di hospital.
Abrar berasal dari Myanmar, namun sudah lebih 10 tahun menetap di Malaysia.
Dalam status yang dimuat naik pada 8 Disember lalu, Faiz menceritakan, isteri Abrar yang baru sahaja melahirkan anak sulung mereka, tiba-tiba sahaja tidak dapat melihat.
Hasil pemeriksaan imbasan CT menunjukkan ada sesuatu di bahagian belakang otak isteri Abrar. Namun untuk mengetahui dengan lebih terperinci, ujian MRI perlu dijalankan.
Kos imbasan CT sahaja sudah memakan kos RM2,200. MRI pula memerlukan Abrar menyediakan kira-kira RM4,000.
Sebagai seorang pemotong rumput, Abrar tidak mempunyai wang sebanyak itu.
Atas rasa kemanusiaan, Faiz melancarkan kempen #diaadalah kita dan menyeru warga media sosial menghulurkan bantuan untuk membantu Abrar.
Hasilnya, lebih RM165,000 berjaya dikumpul untuk diserahkan kepada Abrar dan keluarganya.
Faiz turut berkongsi cerita menarik kemurahan hati rakyat Malaysia, di mana ada dalam kalangan penderma yang sanggup berpuasa dari merokok semata-mata mahu menderma, di samping seorang penderma yang membuat sumbangan menggunakan tambah nilai telefon bimbit kerana belum mendapat gaji.
Ia sekali gus menunjukkan betapa rakyat malaysia sememangnya mempunyai rasa simpati dan empati yang sangat tinggi.
Madiha Abdullah
Sat Dec 10 2016
Kempen dilancarkan untuk membantu isteri Abrar yang tiba-tiba hilang penglihatan selepas bersalin. - Foto/Facebook Mohd Faiz
WMO berjaya kurangkan kes denggi antara 45 dan 100 peratus - Lukanisman
Operasi Nyamuk Wolbachia (WMO), berjaya mengurangkan jumlah kes denggi antara 45 hingga 100 peratus di 19 lokaliti.
Pesara polis rugi lebih RM310,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara polis mengalami kerugian lebih RM310,000 selepas terperdaya dengan sindiket "phone scam" atau penipuan melalui panggilan telefon.
Lebih 100 kes penebangan hutan secara haram direkodkan di Kelantan - MB
Sebanyak 137 kes penebangan hutan secara haram di Kelantan dikenal pasti dari 2020 hingga 2023, kata Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Hanya 20 peratus atlet terlibat program celik kewangan, persaraan - Shalin Zulkifli
Hanya 20 peratus daripada lebih 500 atlet kebangsaan yang menyertai program celik kewangan.
Prosedur pemeriksaan kesihatan warga emas menyeksakan, perlu dasar bersepadu - Pakar
Prosedur pemeriksaan kesihatan ketika ini, khususnya dalam sektor swasta, sangat menyeksa warga emas.
Tumpuan Khamis – 06 Jun 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
JSJK terima 19 laporan berkaitan tawaran kerja palsu menerusi lynxoasis.com
Polis menerima 19 laporan di seluruh negara berkaitan sindiket penipuan yang menawarkan pekerjaan palsu melalui laman sesawang 'lynxoasis.com' dengan melibatkan nilai kerugian RM688,099.
Pindaan Akta 50 bakal selesai kemelut Parallel Pathway - Dr Dzulkefly
Pindaan terhadap Akta Perubatan 1971 (Akta 50) akan menyelesaikan kemelut pendaftaran doktor perubatan yang mendapatkan kelayakan kepakaran perubatan melalui laluan paralel (parallel pathway).
Pan Gon perlu keajaiban di Bishkek
Kim Pan Gon sedang melalui antara detik paling sukar bersama Harimau Malaya apabila berdepan krisis kecederaan pemain utama menjelang baki dua perlawanan getir Kumpulan D.
Lelaki larikan kereta di stesen minyak sempat ceroboh rumah, tertidur sebelum diberkas
Lelaki yang disyaki melarikan kereta di sebuah stesen minyak di Jalan Semambu pada Isnin sempat menceroboh sebuah rumah di Kampung Chinta Manis dan tertidur sebelum diberkas polis tengah malam tadi.
#diaadalahkita: Kempen bantu lelaki Rohingya berjaya kumpul RM165,000 dalam tiga hari
Faiz menceritakan, isteri Abrar yang baru sahaja melahirkan anak sulung mereka, tiba-tiba sahaja tidak dapat melihat.