awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diarah keluar rumah sewa, keluarga tukang urut terpaksa diami rumah daif

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
03/12/2021
02:16 MYT
Diarah keluar rumah sewa, keluarga tukang urut terpaksa diami rumah daif
Keadaan rumah yang didiami mereka kali ini daif kerana ruangan sempit serta tidak mempunyai bilik tidur dan bilik air yang sempurna. - Astro AWANI
GUA MUSANG: Kemiskinan menyebabkan seorang tukang urut bersama suami dan seorang anak lelakinya menumpang di rumah yang daif milik rakannya di Felcra Panggong Lalat di Gua Musang, Kelantan sejak tiga bulan lalu.
Siti Noriha Jaafar, 53, bersama suaminya, Jamil Saad, 44, dan anak mereka, Muhammad Jaris Najmi, 10, mendiami rumah yang didirikan di atas tanah kebun getah di pinggir jalan Gua Musang menghala ke Kuala Betis.
Menurut Siti Noriha, sebelum ini mereka tinggal menyewa di sebuah rumah di kawasan Felcra itu sejak tujuh tahun lalu sebelum keluarganya diminta mengosongkan rumah berkenaan.
Katanya, keadaan rumah yang didiami mereka kali ini daif kerana ruangan sempit serta tidak mempunyai bilik tidur dan bilik air yang sempurna.
"Keadaan dalam rumah ini kalau hujan selalu bocor. Kadang-kadang susahlah kita nak duduk rumah sempit. Bilik tiada. Keadaan dapur sama juga.
"Memanglah kehidupan kita macam ini. Orang lain susah juga tapi kita macam pelarian. Duduk dalam Felcra pun sama juga. Duduk di rumah orang, tanah orang." kata Siti kepada Astro AWANI.
Bagi Muhammad Jaris pula, dia hanya dapat belajar di atas lantai kerana tidak mempunyai meja.
"Tidak selesa kerana saya tidak ada meja belajar dan saya belajar di atas selimut toto," katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Belia Jajahan Gua Musang, Mohd Azmawi Fikri berkata, dia bersimpati dengan keadaan keluarga berkenaan yang hidup dalam serba kekurangan.
Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim telah mengambil maklum masalah keluarga berkenaan dan akan memberi bantuan sewajarnya tidak lama lagi.
"Kita ambil tanggungjawab mahu bantu keluarga ini untuk memberi sedikit keselesaan. Kita telah memaklumkan perkara ini kepada YB ADUN dan YB telah memberi respon dengan segara dan mungkin dalam masa terdekat pihak ADUN akan ke sini untuk memberi bantuan.
"Pihak PIBG akan turut bersama kita dalam perancangan untuk mengadakan gotong-royong untuk membantu terutamanya untuk membina tandas sementara untuk keluarga ini," katanya.
Topic Berkaitan
#rumah daif
#tukang urut
#Felcra Panggong Lalat
#Siti Noriha Jaafar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan