HANYA berbaki beberapa hari sahaja lagi untuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) atau Sekatan Pegerakan Penuh dijadualkan berakhir.
Bagaimanapun, perasaan bimbang serta perasaan bercampur-baur masih menyelubungi rakyat Malaysia berhubung perkara ini.
Adakah PKP 3.0 akan berlanjutan ataupun sebaliknya? Itu juga menjadi persoalan rakyat Malaysia sejak beberapa hari yang lalu.
Menerusi tanda pagar #DiariLockdown, kami kongsikan kepada anda reaksi orang ramai sekiranya PKP 3.0 akan bersambung atau sebaliknya.
Rata-rata, ramai yang menjangkakan bahawa PKP 3.0 akan bersambung lagi.
Namun, menurut pengguna laman YouTube, KZ Hathaway aka mafty, dia mengharapkan agar perintah ini ditamatkan.
Tambahnya lagi, dia seharusnya ditamatkan secara berperingkat dengan mempercepatkan lagi proses vaksinasi.
Tetapi bagi Ramza Babulan pula, kerajaan harus mengambil kira kesan buruk sekiranya ingin menamatkan PKP 3.0.
Katanya, ada beberapa negara luar yang harus dijadikan contoh kerana menamatkan perintah kawalan pergerakan secara terburu-buru, sehingga menyebabkan penularan naik mendadak semula.
Kata Zaharah Kodri pula, kes COVID-19 semakin meningkat kebelakangan ini dan dia percaya kerajaan akan menyambung semula PKP 3.0 demi kebaikan rakyat Malaysia
Begitu juga dengan Firdaus Firdaus yang menyatakan rasa bimbang dengan apa yang berlaku sekiranya PKP 3.0 tidak disambung.
Biarpun PKP 3.0 bersambung atau tidak, diharapkan semua ini diambil kira sebaiknya demi keselamatan rakyat Malaysia.
Oleh itu, marilah kita sama-sama menantikan keputusan sama ada PKP 3.0 bersambung atau sebaliknya, yang dijangka akan diumum dalam masa terdekat.
Afiq Ariffin
Fri Jun 25 2021
Adakah PKP 3.0 akan berlanjutan ataupun sebaliknya? Itu juga menjadi persoalan rakyat Malaysia sejak beberapa hari yang lalu. - Gambar hiasan/BERNAMA
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
#DiariLockdown: Hanya berbaki beberapa hari lagi, PKP 3.0 bersambung atau tidak?
Hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi untuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) dijadualkan berakhir, rakyat Malaysia masih bimbang dan meluahkan perasaan bercampur-baur berhubung perkara ini.