awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita warga emas, anak maut dalam kebakaran di PPR Dato Senu
NVIDIA sedia hantar 82,000 unit GPU H200 ke China
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan pada 2025 dalam cabaran tarif, geopolitik - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 maut, 32 cedera bas terjunam dalam gaung di timur Mexico

Bernama
Bernama
26/12/2025
01:30 MYT
10 maut, 32 cedera bas terjunam dalam gaung di timur Mexico
Sepuluh orang maut manakala 32 lagi cedera selepas sebuah bas terjunam ke dalam gaung di perbandaran Zontecomatlan, Veracruz di timur Mexico, menurut pihak berkuasa tempatan pada Khamis. - Gambar hiasan
Mexico City: Sepuluh orang maut manakala 32 lagi cedera selepas sebuah bas terjunam ke dalam gaung di perbandaran Zontecomatlan, Veracruz di timur Mexico, menurut pihak berkuasa tempatan pada Khamis, lapor Xinhua.
Seramai sembilan orang dewasa dan seorang kanak-kanak maut dalam kemalangan itu, menurut kerajaan perbandaran Zontecomatlan dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasminya.
Pihak berkuasa masih meneruskan proses pengesahan identiti mangsa yang terkorban.
Kemalangan berlaku pada Rabu apabila bas yang dikendalikan oleh syarikat Conexion terbabas ketika melalui jalan di utara Veracruz, menurut mangsa terselamat dan petugas kecemasan.
Mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk menerima rawatan perubatan, menurut Sekretariat Perlindungan Awam negeri itu menerusi Facebook.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bas terjunam
#terjunam dalam gaung
#timur Mexico
#Zontecomatlan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan